Khalwat Dalam Kalangan Remaja di Malaysia dan Acheh: Kajian Terhadap Pematuhan Syariah

Hamid, Noor 'Ashikin and Syed Nong Mohamad, Shariffah Nuridah Aishah and Mohd Jamil, Lily Suryati and Pauzai, Nur Amani (2015) Khalwat Dalam Kalangan Remaja di Malaysia dan Acheh: Kajian Terhadap Pematuhan Syariah. Kanun, 27 (2). pp. 297-313. ISSN 0128-2670

[img] Text
5-Acheh-dan-Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (421Kb)

Abstract

Khalwat dalam kalangan remaja merupakan kesalahan syariah yang kini semakin membimbangkan bukan sahaja di Malaysia bahkan di Indonesia. Berita dan laporan mengenai tangkapan remaja berkhalwat sering dipaparkan menerusi media cetak dan elektronik. Sekiranya perilaku ini tidak dibendung dan ditangani segera, ia akan mengakibatkan keruntuhan akhlak yang teruk kepada generasi akan datang. Makalah ini menganalisa konsep remaja, kesalahan khalwat menurut Syariah dan peruntukan perundangan kedua-dua buah negara disamping meneliti sejauhmana konsep Syariah dipatuhi dalam perundangan Malaysia dan Acheh. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif di mana pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan dan temubual. Data didapati menerusi penelitian terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia dan Qanun Syariah Acheh, rujukan terhadap al-Quran, al-Hadith, buku-buku dan, media cetak dan elektronik serta temubual dengan beberapa tokoh perundangan dan agama kedua-dua negara. Kajian mendapati bahawa prinsip undang-undang Syariah tidak dipatuhi sepenuhnya di Malaysia dan Acheh dan mencadangkan beberapa penambahbaikan dalam memantapkan kepatuhan terhadap Syariah. Kata kunci: khalwat, kesalahan syariah, remaja, Malaysia, Acheh

Item Type: Article
Subjects: K Law > K Law (General)
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: NOOR 'ASHIKIN HAMID
Date Deposited: 02 Aug 2015 08:27
Last Modified: 02 Aug 2015 08:27
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3567

Actions (login required)

View Item View Item