Personaliti, Motivasi, Otonomi Pembelajaran dan Gaya Kepimpinan: Pengaruh Terhadap Prestasi Kerja

Che Cob , Che Mohd Syaharuddin and Wan Mohd Amin, Wan Abd Aziz and Abdul Halim, Bahyah (2015) Personaliti, Motivasi, Otonomi Pembelajaran dan Gaya Kepimpinan: Pengaruh Terhadap Prestasi Kerja. In: Unisza Research Conference, 14-16 april 2015, Gong Badak Campus, UniSZA, Terengganu.

[img] Text
edited Full Paper URC 2015 CSCC Bahyah.doc
Restricted to Registered users only

Download (139Kb)

Abstract

Dalam konteks kerja dan organisasi dewasa ini, faktor personaliti, motivasi, otonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan merupakan antara anteseden penting dalam mempengaruhi prestasi pekerja. Untuk tujuan kertas ini, pengkaji akan menyorot literatur kajian terdahulu bagi mengenal pasti kepentingan dan peranan personaliti, motivasi, otonomi pembelajaran dan gaya kepimpinan dalam pembentukan prestasi kerja yang efektif. Selain daripada itu, perbincangan tentang bagaimana Teori Efikasi Kendiri (Bandura, 1977), Teori Tindakan Beralasan dan Teori Perlakuan Terancang (Ajzen 1988) memainkan peranan dalam pembentukan kerangka teori kajian ini turut diperjelaskan. Secara umumnya, pengkaji membuktikan bahawa prestasi kerja seseorang individu pekerja itu mampu ditingkatkan sekiranya gabungan antara anteseden yang dicadangkan berada dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, kemampuan seseorang individu pekerja itu adalah bergantung kepada keupayaannya mengawal dan menyelia kebolehan diri untuk terus cemerlang dan berprestasi tinggi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Economics & Management Sciences
Depositing User: Dr. Bahyah Abdul Halim
Date Deposited: 01 Jul 2015 01:02
Last Modified: 01 Jul 2015 01:02
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3464

Actions (login required)

View Item View Item