TEKNIK ROLE PLAY DALAM KAEDAH PENGAJARAN KOMUNIKASI BAHASA ARAB DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Awang, Noor Anida and Noruddin @ Che Ahmad, Normila and Nik Din, Nik Murshidah and Talib, Mohd Taufiq and Mustafa, Zaiton and Embong, Rahimah (2013) TEKNIK ROLE PLAY DALAM KAEDAH PENGAJARAN KOMUNIKASI BAHASA ARAB DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN. In: International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society, 30 nov- 1 dec 2013, Kuala Terengganu.

[img] Text
2013 ISLAC- Roleplay- anida.pdf
Restricted to Registered users only

Download (570Kb) | Request a copy

Abstract

Artikel ini mengkaji tentang aplikasi teknik Role Play dalam kaedah pengajaran komunikasi bahasa Arab (BA) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu, Malaysia. Role Play merupakan satu teknik dalam kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar atau gaya pengajaran secara interaktif sebagai satu aktiviti dalam bilik darjah. Ia mula diaplikasikan dalam kaedah pengajaran bahasa Inggeris dan bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada amalan kaedah pengajaran yang hanya berpusatkan guru. Masalah tersebut juga berlaku dalam pengajaran bahasa Arab (BA). Sebagai buktinya, sorotan kajian awal telah mendapati bahawa kebanyakan pelajar dapat menguasai perbendaharaan kata dan tatabahasa BA dengan baik, namun mereka masih kurang mampu dan tidak mahir untuk mengaplikasikannya dalam bentuk komunikasi atau pertuturan seharian. Persoalannya, adakah teknik Role Play ini sesuai untuk diaplikasikan oleh pengajar untuk menyelesaikan masalah tersebut dan seterusnya meningkatkan kemahiran komunikasi BA? Justeru, penyelidik telah melaksanakan kajian tentang aplikasi teknik Role Play sebagai satu kaedah pengajaran berpusatkan pelajar bagi subjek Bahasa Arab Komunikasi di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) di UniSZA. Kajian ini bersifat kualitatif dan deskriptif. Kaedah penyelidikan pembangunan (Developmental Reseach Method) telah digunakan untuk merancang, membangun dan melaksanakan modul pengajaran teknik Role Play. Data telah dikumpul melalui teknik pemerhatian, temu bual dan ujian penilaian untuk menilai keberkesanan dan kesesuaian modul tersebut. Kajian telah menghasilkan satu modul aplikasi teknik Role Play yang mengandungi bentuk aktiviti-aktiviti lakonan dan perbualan bagi pengajaran Bahasa Arab Komunikasi (Muhadathah) sebagai panduan kepada pengajar dan pelajar. Kajian ini telah memberi implikasi kepada institusi pendidikan dan pengajar BA untuk mengaplikasikan teknik tersebut dalam pengajaran BA supaya pelajar lebih mahir berkomunikasi dalam BA.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: teknik Role Play, Bahasa Arab Komunikasi, pembangunan modul, kaedah pengajaran, kemahiran berkomunikasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 12 Jul 2016 04:19
Last Modified: 12 Jul 2016 04:19
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3295

Actions (login required)

View Item View Item