Pembangunan Lestari Di Malaysia: Harapan dan Kenyataan

Toriman, Mohd Ekhwan and Mokhtar, Mazlin and Karim, Othman and Gasim, Muhammad Barzani (2014) Pembangunan Lestari Di Malaysia: Harapan dan Kenyataan. In: Pembangunan Lestari Di Malaysia: Harapan dan Kenyataan. Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur, Malaysia, pp. 74-95. ISBN 9789834619985

[img] Text
Pembangunan Lestari Di Malaysia - Harapan dan Kenyataan (1).rtf
Restricted to Registered users only

Download (11Mb) | Request a copy

Abstract

Membawa scenario proses dan tindak balas yang berlaku pada sesuatu skala, misalnya sebatang sungai, kawasan tadahan ataupun lembangan merupakan pendekatan yang semakin diterima dalam kalangan pentadbir danpenyelidik khususnya dalam konteks pembangunan lestari di Malaysia. Hal ini bermakna, dalam apa-apa jua perencanaan pembangunan, ia harus mengambil kira kepentingan ekosistem. Tidak sesuai jika dikatakan sesuatu perencanaan itu memberikan faedah hanya kepada satu pihak, manakala pada pihak yang lain akan menderita kesan daripada perencanaan yang kurang terancang. Oleh itu, gagasan “ekosistem lembangan yang sihat” haruslah melihat kesalingkaitan ini agar pembangunan yang dirancang tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada kesihatan ekosistem. Umpamanya, kualiti air sungai bukan sahaja dipengaruhi oleh keadaan muka bumi dan aktiviti yang berlaku di sekitar lembangan sesebuah sungai, tetapi faktor luaran lain turut memainkan peranan, seperti kepadatan penduduk, tahap pembadaran, dan kecekapan pihak berkuasa tempatan dalam menguatkuasakan perundangan perkaitan pembangunan (Mohd Nordin, 1999) . Melihat sesuatu masalah dari pelbagai sudut dan dimensi merupakan pendekatan yang dianggap ideal dalam konteks kesihatan ekosistem. Dalam hal ini, sungai merupakan elemen dinamik yang memerlukan keupayaan mengurus dari pelbagai dimensi seperti pengurusan banjir, pencemaran air, dan pencerobohan rizab sungai (Mohd Ekhwan dan Haryati, 2007). Ekosistem sungai yang sihat haruslah mengambil kira keupayaan mengurus tindak balas di atas bagi tujuan mengekalkan, memelihara, dan memulihara kesejahteraan semua penghuninya. Bab ini akan menyorot persoalan hubungan dinamik sungai (dari aspek hidrologi dan gemorfologi) dalam konteks kesihatan ekosistem lembangan. Sungai perlu dilihat dari dimensi yang lebih luas, iaitu mencakupi jaringan sistem sungai. Persepsi masyarakat perlu diubah bahawa pembangunan negara yang berjaya pada keseluruhannya. Paradigma ini secara umum telah diterima oleh kebanyakan negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Negara-negara berkenaan menjadikan sungai sebagai sebahagian daripada entiti kehidupan moden. Sungai dijaga, dipelihara, dan dipulihara bagi tujuan keseimbangan lestari.

Item Type: Book Section
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Faculty / Institute: Faculty of Bioresources & Food Industry
Depositing User: Professor Mohd Ekhwan Toriman
Date Deposited: 20 Mar 2016 04:26
Last Modified: 20 Mar 2016 04:26
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3287

Actions (login required)

View Item View Item