Persepsi Terhadap Pengalaman Praktikum Dalam Kalangan Guru Pelatih Pendidikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

Abdullah, Abdul Hakim and Che Omar, Mustafa and Embong, Rahimah and Abu Bakar, Norsuhaily and Ismail, Ilni Suhada (2014) Persepsi Terhadap Pengalaman Praktikum Dalam Kalangan Guru Pelatih Pendidikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014, 25-26 September 2014, Universiti Malaya.

[img]
Preview
Text (proceeding paper)
persepsi terhadap pengalaman praktikum.pdf - Published Version

Download (404Kb) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu terhadap pengalaman praktikum dari aspek pembangunan sikap, peningkatan kemahiran profesional dan permasalahan semasa yang dihadapi. Kajian ini bersifat kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Responden terdiri daripada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam tahun akhir seramai 55 orang (N=55) yang telah menjalani praktikum di 19 buah sekolah bagi tempoh 4 bulan. Data dianalisis dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 7.5. Ujian “Realibility Analysis-Scale Alpha” telah dijalankan ke atas semua item soal selidik dan keputusannya ialah 0.86 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian mendapati semua responden berpendapat pengalaman praktikum telah berjaya memperkembangkan sikap positif dalam diri mereka dan juga mempertingkatkan kemahiran profesional mereka. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa mereka tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang tempoh praktikum mereka. Justeru, kajian ini menyarankan supaya pihak UniSZA dapat meneruskan usaha dalam latihan bakal guru dan berkongsi kepakaran dengan agensi-agensi latihan guru yang lain bagi melatih guru pendidikan Islam yang berkualiti untuk memenuhi keperluan semasa negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Pendidikan Islam, Profesionalisma Keguruan, Latihan Praktikum, Pendidikan Guru
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: AP Dr. Abdul Hakim Abdullah
Date Deposited: 17 May 2015 02:40
Last Modified: 17 May 2015 02:40
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3285

Actions (login required)

View Item View Item