MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA BERSEPADU DI PERINGKAT SEKOLAH

Embong, Rahimah and Che Seman, Shamilati and Wan Yusoff, Wan Mazwati (2014) MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA BERSEPADU DI PERINGKAT SEKOLAH. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014 , 25-26 September 2014 , Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya..

[img] Text
Berfikir - 6 Sert 2014-PROSIDING.docx
Restricted to Registered users only

Download (815Kb) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau keperluan untuk memupuk kemahiran berfikir secara bersepadu dalam kalangan pelajar di peringkat micro iaitu sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara kritikal dan konseptual. . Kementerian Pelajaran Malaysia (2013) menggesa supaya setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting, iaitu Pemikiran Kreatif dan Inovatif; Pemikiran Kritis dan Penaakulan; dan Keupayaan Belajar. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar perlu membina kemahiran inkuiri dan pelbagai kemahiran berfikir untuk mempertingkatkan kualiti diri mereka dalam mendepani arus cabaran di era globalisasi. Sebagai contoh, kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi didapati amat perlu dalam dunia teknologi yang berkembang pesat ini. Persoalannya, bagaimanakah guru boleh memainkan peranan mereka di peringkat sekolah? Perlukah mereka mengaplikasikan pelbagai kemahiran berfikir dalam Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas? Sekiranya perlu, bagaimanakah caranya? Rosnani (2013) berpendapat hanya guru yang kritis sahaja yang boleh melahirkan murid yang kritis di sekolah kerana komponen kemahiran berfikir telah wujud dan bergantung kepada tafsiran guru serta bagaimana guru dapat merancang dan melaksanakan kemahiran berfikir tersebut. Hasil kajian diharap dapat menyumbang dalam pembinaan formula Pemikiran Pintar (Smart Thinking) bagi menjana aspek teras dalam berfikir dan seterusnya membantu ke arah membangunkan Budaya Pintar (Smart Culture) melalui pembangunan Tabiat Pintar (Smart Habits) bagi merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Minda Kelas Pertama, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Bersepadu, Pendidikan Sekolah
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 17 Aug 2015 08:25
Last Modified: 17 Aug 2015 08:25
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3272

Actions (login required)

View Item View Item