PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Embong, Rahimah and Yunus, Yuslaini and Hashim, Che Noraini (2014) PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN HOLISTIK DAN IMPLIKASI KEPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014 , 25-26 September 2014 , Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya..

[img] Text
rahimah- pentaksiran bersepadu.docx
Restricted to Registered users only

Download (18Kb) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membina satu bentuk pentaksiran yang holistik untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini amat signifikan kerana pentaksiran merupakan jantung kepada pengalaman pelajar dan mencerminkan kurikulum yang sebenar. Pada hakikatnya, masa dan tumpuan pelajar lebih diarahkan kepada pentaksiran berbanding aktiviti kurikulum yang lain, oleh itu, secara sedar atau tidak, hal ini banyak mempengaruhi tingkah laku dan gaya pembelajaran mereka. Kajian telah mendapati bahawa wujud masalah dalam amalan pentaksiran di sekolah yang lebih cenderung kepada orientasi peperiksaan dan kesannya telah membentuk minda pelajar yang jumud. Permasalahan ini amat perlu dikaji untuk mencari jalan penyelesaian yang praktikal memandangkan pelajar merupakan modal insan yang akan membentuk generasi baharu. Persoalan yang harus diambil serius ialah; apakah bentuk pentaksiran yang sesuai untuk dilaksanakan dalam pendidikan di Malaysia? Bentuk pentaksiran tersebut haruslah dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan holistik dan berkualiti supaya berjaya menghadapi cabaran era globalisasi. Meskipun pada peringkat sekolah di Malaysia, perlaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) telah menekankan kepada pendekatan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment to learning). Masalah akan timbul kerana kedua-dua pendekatan tersebut hanya berpusatkan guru sebagai pentaksir. Pengkaji mencadangkan supaya pendekatan pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning). juga diambil kira kerana pendekatan ini memberi fokus terhadap peranan pelajar sebagai pentaksir. Justeru, kajian ini membina satu bentuk pentaksiran yang lebih holistik dan menekankan kepada ketiga-tiga pendekatan pentaksiran dalam pembelajaran iaitu untuk, sebagai dan kepada (for, as, of). yang bertujuan untuk membantu untuk mempertingkatan kualiti pelajar dari pelbagai aspek termasuk pembelajaran dan potensi diri mereka Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan kaedah deskiptif dan analitikal. Kajian ini akan memberi implikasi kepada sistem pendidikan negara dalam usaha untuk menjana modal insan berkualiti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Pentaksiran Dalam Pendidikan, Modal Insan, Pendidikan Holistik, Sistem Pendidikan Di Malaysia
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 17 Aug 2015 08:24
Last Modified: 17 Aug 2015 08:24
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3271

Actions (login required)

View Item View Item