PENERAPAN UNSUR AKIDAH DALAM DASAR PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA

Hamzah, Mohd Shafiee and Embong, Rahimah and Nik Din, Nik Murshidah (2014) PENERAPAN UNSUR AKIDAH DALAM DASAR PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014, 25-26 September 2014 , Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

[img] Text
UNISZA@MEDC-aqidah.docx

Download (131Kb)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah penerapan unsur akidah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Hakikatnya, akidah merupakan perkara yang paling dasar dalam pembinaan modal insan yang cemerlang. Perkara ini telah terbukti apabila penurunan al-Quran yang bersifat rabbani (ketuhanan) telah menekankan pendekatan dari aspek akidah sebagai dasar yang terpenting dalam pembinaan komuniti Islam pada peringkat permulaan. Dari pendekatan tersebut, masyarakat Arab jahiliah telah berjaya ditranformasikan kepada satu Ummah yang melakar sejarah ketamadunan manusia yang sangat unggul. Dalam konteks Malaysia, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi negara. Justeru, diandaikan bahawa unsur akidah Islam telah diterapkan ke dalam semua dasar negara dalam setiap aspek termasuk pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif, dasar-dasar pendidikan negara dianalisis secara kritikal dan satu kesimpulan dibuat berdasarkan analisis tersebut. Kajian ini mendapati bahawa penerapan unsur akidah menjadi teras kepada pembentukan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terutamanya dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Akidah, Dasar Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 16 Aug 2015 07:15
Last Modified: 16 Aug 2015 07:15
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3268

Actions (login required)

View Item View Item