PEMBANGUNAN SAHSIAH BERSEPADU ISLAM MENJANA TRANSFORMASI MODAL INSAN YANG HOLISTIK

Embong, Rahimah and Sulaiman, Ab. Aziz and Noruddin, Normila and Nik Din, Nik Murshidah and Abd. Talib, Mohd Taufiq and Raja Sulaiman, Raja Hazirah and Awang, Noor Anida (2013) PEMBANGUNAN SAHSIAH BERSEPADU ISLAM MENJANA TRANSFORMASI MODAL INSAN YANG HOLISTIK. In: Seminar Nasional Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2013 (MEDC 2013), 23- 25 September 2013, International Islamic University of Malaysia, Selangor.

[img] Text
transformasi sahsiah-UniSZA.doc
Restricted to Registered users only

Download (41Kb) | Request a copy

Abstract

Kerta kerja ini bertujuan untuk mengkaji program pembangunan Sahsiah Bersepadu Islam (SBI) bagi pelajar Muslim di Malaysia. Pertamanya, model SBI dibina sebagai kerangka model. Kemudian, pembangunan program beserta modul diperincikan. Akhirnya, implikasi kajian kepada sistem pendidikan Islam di Malaysia diperjelaskan. Kajian ini telah melibatkan beberapa kaedah penyelidikan yang bersifat kualitatif. Dua kaedah diaplikasikan untuk membina model SBI, iaitu analisis kritis bagi analisa data dokumen dan kaedah kontemplatif bagi analisa ayat-ayat Al-Quran. Sementara itu, kaedah penyelidikan pembangunan digunakan untuk merancang, membangun dan melaksanakan program beserta modul. Teknik pemerhatian, temu bual dan soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data untuk menilai semula keberkesanan dan kesesuaian program beserta modul tersebut. Model SBI dibina berdasarkan ciri-ciri individu sebagai Hamba yang soleh, Khalifah yang berakauntabiliti, professional yang bertrampilan dan menjiwai al-Quran. Individu tersebut perlu mempunyai kemantapan rohani, moral, ilmu, jasmani, kepakaran , berketrampilan serta berdaya saing. Kajian telah mendapati kesemua aspek kendiri tersebut dapat disepadukan melalui Kurikulum Bersepadu Islam (KBI) yang seimbang dan holistik. Didapati bahawa untuk melaksanakan KBI secara total adalah sukar lantaran wujudnya pelbagai kekangan dan perlunya komitmen daripada pelbagai pihak. Justeru, komponen-komponen KBI perlu diadaptasikan dalam bentuk program sebagai aktiviti kegiatan kurikulum ekstra. Kajian ini telah memberi beberapa implikasi kepada sistem pendidikan Islam di Malaysia yang akan dibincangkan secara lanjut. Program SBI ini amat relevan dengan hasrat kerajaan untuk menjana modal insan yang berkualiti dan holistik untuk menyahut cabaran era globalisasi. Ia juga membantu untuk memenuhi matlamat pendidikan Islam dan falsafah pendidikan Negara serta menjayakan Pelan Transformasi Pendididikan 2013-2035.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 16 Aug 2015 07:08
Last Modified: 16 Aug 2015 07:08
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3266

Actions (login required)

View Item View Item