Amalan Kurikulum Bersepadu Dan Transformasi Pendidikan Di Malaysia

Embong, Rahimah and Wan Abdullah, Wan Ismail and Noruddin, Normila (2013) Amalan Kurikulum Bersepadu Dan Transformasi Pendidikan Di Malaysia. In: Seminar Nasional Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2013 (MEDC 2013), 23-25 September 2013, International Islamic university of Malaysia.

[img] Text
paperMEDC-Analisis.docx
Restricted to Registered users only

Download (77Kb) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis amalan dan usaha penyepaduan kurikulum atau kurikulum bersepadu oleh institusi pendidikan di Malaysia. Kajian ini bersifat deskriptif dan mengaplikasikan kaedah analisis kritis untuk menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan. Kajian mendapati usaha-usaha integrasi kurikulum bertitik tolak daripada kesedaran cendiakawan Muslim tentang punca sebenar penyakit Ummah akibat gejala dualisma iaitu wujudnya dua sistem pendidikan yang berbeza iaitu sekular moden dan agama tradisional. Usaha tersebut merupakan satu reformasi pendidikan untuk mengembalikan kegemilangan Ummah supaya dapat menangani cabaran modenisasi dan sekularisasi Barat. Siri-siri Persidangan Dunia Pendidikan Muslim menjadi pemangkin dalam usaha untuk merangka sistem pendidikan Islam yang relevan dengan dunia moden melalui gagasan Islamisasi dan penyepaduan kurikulum. Usaha-usaha untuk merealisasikan gagasan tersebut didokong oleh aktivis dan sarjana pendidikan sama ada di sekolah agama mahupun kebangsaan di Malaysia. Tiga implikasi yang signifikan telah dikenalpasti iaitu perubahan dalam sistem pendidikan kebangsaan; transformasi sistem pendidikan agama tradisional dan penubuhan sistem pendidikan Islam kontemporari. Persoalannya, adakah sekolah atau institusi tersebut benar-benar mengamalkan kurikulum bersepadu atau penyepaduan kurikulum; atau hanya secara luaran atau sekadar tiruan. Kajian telah mendapati wujudnya beberapa masalah berikutan daripada perlaksanaan kurikulum bersepadu daripada aspek-aspek pendidikan seperti tujuan, kandungan kurikulum dan kaedah penyepaduan, pengajaran serta penilaian. Analisis ini penting untuk menyemak semula aspek-aspek pendidikan tersebut untuk membantu kerajaan dalam usaha untuk memacu transformasi pendidikan yang lebih holistik di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LA History of education
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 16 Aug 2015 07:01
Last Modified: 16 Aug 2015 07:01
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3265

Actions (login required)

View Item View Item