PENGGUNAAN e-BOOK DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU

Mamat, Ibrahim and Abu Bakar, Norsuhaily and Embong, Rahimah (2014) PENGGUNAAN e-BOOK DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU. Project Report. IDAMAN, UniSZA. (Unpublished)

[img] Text
dr rahimah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (112Kb) | Request a copy

Abstract

Program e-Book diperkenalkan oleh kerajaan negeri Terengganu kepada murid sekolah rendah dengan hasrat untuk meringankan beban murid dari membawa buku teks yang berat serta memperkenalkan ilmu teknologi maklumat kepada mereka di tahap sekolah rendah. E-Book adalah sebuah komputer mini yang dilengkapi dengan perisian akademik mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. E-Book telah diberi kepada murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6 mulai tahun 2009 bertujuan memudahkan proses pembelajaran di dalam kelas tanpa menggunakan buku teks. Kerajaan negeri juga telah menanggung kos bukan sahaja untuk e-Book tetapi juga untuk menempatkan pegawai teknologi maklumat (EIO) di setiap sekolah rendah di seluruh negeri Terengganu bertujuan menyelenggara e-Book yang dibekalkanSemasa pelaksanaan program ini beberapa masalah telah dikenalpasti dan memerlukan penyelesaian segera. Di antara masalah e-Book yang diutarakan oleh masyarakat terutama ibu bapa dan guru adalah e-Book selalu rosak dan kos pembaikian agak tinggi, guru tidak dibekalkan dengan e-Book, sungguhpun guru yang melaksanakan projek e-Book tetapi tidak ada polisi kementerian yang jelas untuk menyokong penggunaan e-Book di sekolah, tugasan EIO tidak diuruskan dengan baik, murid menyalahgunakan e-Book dan ibu bapa tidak dapat mengawal keadaan ini, serta terlalu banyak agensi yang terlibat dalam pelaksanaan sehingga penyelarasan antara agensi agak lemah. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka dan mengkaji tahap penggunaan e-Book dengan tujuan untuk memerihal profil murid dan ibu bapa yang menerima e-Book, guru, EIO dan TSO, menentukan tahap penggunaan e-Book oleh murid, mengkaji beberapa perbezaan tentang penggunaan e-Book mengikut ciri-ciri dan latar belakang murid, menentukan hubungan kemudahgunaan dengan tahap penggunaan e-Book, menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penggunaan e-Book, dan mengemukakan cadangan mengenai hala tuju projek e-Book.Dua kaedah kajian telah dilaksanakan, pertama adalah berbentuk kualitatif di mana kajian ini menggunakan kaedah perbincangan kumpulan berfokus (FGD) dengan menemubual kumpulan PIBG terdiri daripada ibu bapa, guru, EIO dan TSO. Manakala kaedah kedua adalah berbentuk kuantitatif melibatkan penggunaan soal selidik dengan menemubual murid sekolah tahun 4 hingga 6 di semua daerah dalam negeri Terengganu. Pengumpulan data dibuat kumpulan penyelidik dalam bulan Oktober 2014 selama satu (1) bulan dengan bantuan beberapa orang penghitung banci (enumerators). Data kualitatif di analisis menggunakan content analysis manakala data kuantitatif menggunakan SPSS versi 21.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Rahimah Embong
Date Deposited: 17 May 2015 02:44
Last Modified: 17 May 2015 02:44
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3263

Actions (login required)

View Item View Item