Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan

Abdullah, Abdul Hakim and Sulaiman, Ab. Aziz and Wan Abdullah, Wan Ismail and Zakaria, Hafisah (2014) Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan. In: Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 14 September 2014, UniSZA, Kuala Terengganu.

[img]
Preview
Text (online proceeding)
abdul-hakim-abdullah.pdf - Published Version

Download (570Kb) | Preview
Official URL: https://seminarpnparab2014.wordpress.com/prosiding...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membentuk motivasi terhadap pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Bagi mencapai tujuan tersebut, empat objektif telah digariskan iaitumengenalpasti tahap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti tahap minat pelajarterhadap mata pelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi motivasipelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab dan menguji pengaruh tahap motivasi terhadap pencapaian Bahasa Arab pelajar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan soalselidik sebagai alat pengumpulan data. Responden yang terlibat seramai 93 orang pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat. Kajian ini mendapati 88 orang (94.6%) responden mempunyai pencapaian yang baik dalam mata pelajaran BahasaArab. Kajian ini juga mendapati 78 orang (83.9%) responden mempunyai tahap minat yang baik terhadap mata pelajaran Bahasa Arab.Lima faktor yang paling mempengaruhi motivasi pelajar secara turutan ialah:sikap terhadap Bahasa Arab yang dianggap penting, persekitaran bahasa Arab, sikap terhadap Bahasa Arab yang dianggap mudah dipelajari dan difahami, kesedaran diri dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ujian korelasi Pearson memperlihatkan wujud hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara tahap motivasi dan pencapaian Bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat. Kajian mencadangkan agar para penggubal dan pelaksana kurikulum Bahasa Arab memberikan tumpuan utama terhadap mewujudkan rasa bersemangat (passion) menerusi pemupukan sikap -sikap positif terhadap bahasa Arab bagi mempertingkatkan pencapaian para pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh para pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat boleh diteliti dan dijadikan contoh untuk memupuk motivasi yang tinggi dalam kalangan para pelajar bahasa Arab.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Faktor, Motivasi, Pencapaian Pelajar,Pembelajaran Bahasa Arab, Sikap
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > L Education (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: AP Dr. Abdul Hakim Abdullah
Date Deposited: 17 May 2015 02:39
Last Modified: 17 May 2015 02:39
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3255

Actions (login required)

View Item View Item