KUPASAN LANJUT TERHADAP KONSEP DAN PERANAN PENDEKATAN SASTERA ISLAM MODEN

Abdullah, Abdul Hakim and Abd. Talib, Mohd Taufiq and Yaacob, Azhar (2015) KUPASAN LANJUT TERHADAP KONSEP DAN PERANAN PENDEKATAN SASTERA ISLAM MODEN. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9. pp. 170-180. ISSN 1985-7667( printed) 2289-6325 (online)

[img]
Preview
Text (journal article)
kupasan sastera Islam.pdf - Published Version

Download (238Kb) | Preview
Official URL: http://www.journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/ji...

Abstract

Kertas ini bertujuan membuat kupasan lanjut tentang konsep sastera Islam dan elemen-elemen penting yang berkaitan berdasarkan artikel “Pendekatan SasteraIslam Moden” oleh Rosni Samah dan Nurhasma Muhamad Saad, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari keluaran 5, Julai 2012. Ia bagi memberikan maklumat tambahan berkaitan dengan konsep, peranan, punca cetusan teori dan intipati definisi sastera Islam. Bagi mencapai tujuan tersebut, artikel yang berkenaan telah dianalisis dengan menumpukan kepada hubungan sastera Islam dengan agama,peranan, punca cetusan teori sastera Islam dan intipati penting dalam definisi sastera Islam. Kajian ini mendapati bahawa dengan berpaksikan aqidah,sastera Islam adalah luahan seni yang indah, dapat menawan kalbu, terhasil daripada seseorang mukmin serta merupakan terjemahan tentang kehidupan, insan dan alam semesta berasaskan tasawwur Islam. Sastera Islam berperanan sebagai wadah dakwah untuk kebaikan duniawi dan ukhrawi yang sejajar dengan prinsip-prinsip Islam itu sendiri. Perkembangannya bermula dengan cetusan idea yang dikemukakan oleh al-marhum Sayyid Qutb pada tahun 1952. Kronologi perkembangan idea sastera Islam perlu diketahui oleh para pejuang sastera Islam agar mereka memahami bahawa teori seni sastera Islam terbentuk adalah hasil daripada kebangkitan Islam pada abad ke-20 yang digembleng di atas dasar ukhuwwah Islamiyyah. Terdapat dua elemen utama dalam sastera Islam iaitu nilai estetika dan nilai keislaman. Kombinasi elemen estetika dan etika inilah yang membawa kepada pertemuan yang begitu sempurna antara keindahan seni dan kebenaran Ilahi.

Item Type: Article
Keywords: sastera Islam; tasawwur Islam; media dakwah; kesenian; estetika
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
P Language and Literature > PN Literature (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: AP Dr. Abdul Hakim Abdullah
Date Deposited: 13 May 2015 06:50
Last Modified: 13 May 2015 06:50
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3252

Actions (login required)

View Item View Item