Signifikan Dialog Kehidupan Dalam Arena WacanaPendidikan Bersama: Pengalaman Dalam Kalangan Komuniti Saudara Baru Cina Terengganu

Awang, Azarudin and Mohd Khambali @ Hambali, Khadijah and Musa, Razali (2014) Signifikan Dialog Kehidupan Dalam Arena WacanaPendidikan Bersama: Pengalaman Dalam Kalangan Komuniti Saudara Baru Cina Terengganu. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI , 7. pp. 1-15. ISSN 1394-7176

[img] Text
Signifikan Dialog Kehidupan Dalam Arena WacanaPendidikan Bersama.pdf
Restricted to Registered users only

Download (93Kb)
Official URL: http://jpbu.upsi.edu.my/index.php/vol-7-2014

Abstract

Hubungan yang erat komuniti Cina dan Melayu di negeri Terengganu ditonjolkan melalui perkongsian budaya, pergaulan dan pendidikan. Proses sosialisasi yang berlaku antara komuniti yang berbeza kepercayaan ini khususnya melalui pendidikan di sekolah yang sama banyak mendedahkan aspek-aspek pengajaran agama orang lain. Pendedahan sedemikian sekali gus memberi kefahaman dan membetulkan salah faham terhadap agama rakan yang berlainan agama. Hubungan antara agama yang berlaku secara tidak dirancang dan berlaku secara spontan ini dikenali sebagai ‘dialog kehidupan’. Objektif kajian ini adalah bertujuan melihat pengalaman Saudara Baru Cina di negeri Terengganu dalam penglibatan dalam dialog kehidupan di sekolah yang sama. Metodologi kualititatif dengan temu bual ke atas 20 orang komuniti Cina Muslim yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu di Kompleks Darul Hidayah, Kuala Terengganu. Ternyata hasil dapatan menunjukkan bahawa perkongsian pendidikan dengan rakan Muslim di sekolah sedikit sebanyak mendedahkan kalangan Saudara Baru ketika pra konversi terhadap elemen-elemen agama Islam. Ini bermakna pendedahan budaya, adat resam dan agama masyarakat yang berbeza agama melalui instrumen pendidikan mampu memupuk perpaduan kaum kerana pembelajaran sedemikian akan melahirkan sikap menghargai dan menerima perbezaan yang wujud dalam agama orang lain dengan terbuka.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Razali Musa
Date Deposited: 17 May 2015 02:35
Last Modified: 17 May 2015 02:35
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3203

Actions (login required)

View Item View Item