Model Ekonomi Baru Malaysia : Adakah kita di atas landasan yang betul?

Dakian, Mustafa (2014) Model Ekonomi Baru Malaysia : Adakah kita di atas landasan yang betul? 1, 1 (1). Penerbit Unisza, Kuala Terengganu, Malaysia. ISBN 978-983-9842-90-6

This is the latest version of this item.

[img] Text
MUKADEPANBUKUMBE.docx
Restricted to Registered users only

Download (127Kb)
[img] Text
KANDUNGAN BUKU.docx
Restricted to Registered users only

Download (2239Kb)
[img] Image
IMG-20150224-WA0010.jpg
Restricted to Registered users only

Download (181Kb)
[img] Image
IMG-20150223-WA0007.jpeg
Restricted to Registered users only

Download (342Kb)
Official URL: https://penerbit.unisza.edu.my/

Abstract

Dalam tempoh lebih lima dekad yang lalu, ekonomi negara telah berkembang pesat dan kerajaan telah berjaya menjadikan ekonomi negara daripada sebuah ekonomi berpendapatan rendah kepada negara berpendapatan sederhana tinggi. Peningkatan ketara pendapatan negara telah dapat menghapuskan kemiskinan tegar serta mengurangkan dengan ketara kadar kemiskinan. Kerajaan juga telah berjaya membentuk satu golongan berpendapatan menengah yang besar. Walau bagaimanapun, strategi pertumbuhan yang dipacukan kos rendah sebagai kelebihan bersaing, tidak lagi sesuai dalam persekitaran dimana negara berdepan dengan persaingan yang lebih hebat daripada kemunculan negara-negara seperti China, India, Indonesia, Brazil, Russia, Vietnam dan Timur Tengah untuk menarik lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan. Oleh itu, Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada struktur kos yang rendah untuk terus berdaya saing di pasaran antarabangsa. Pada hakikatnya, Malaysia kini tidak lagi mampu bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah dan pada masa yang sama, Malaysia belum lagi mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk bersaing dengan negara-negara maju, dimana pertumbuhan ekonomi adalah berteraskan tahap modal insan, produktiviti, dan inovasi yang tinggi. Justeru itu, Malaysia memerlukan satu model baru ekonomi untuk mentransformasikan ekonomi negara bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK 10) 2011-2015 menyediakan asas yang kukuh bagi mentransformasi negara kearah ekonomi berpendapatan tinggi. Sebagai penggerak kepada model baru ekonomi, RMK 10 mencartakan pendekatan dasar dan strategi baru serta program pembangunan negara kearah menjadikan negara sebuah ekonomi berpendapatan tinggi berteraskan keterangkuman dan kemampanan. Kearah ini, selaras dengan Model Baru Ekonomi, RMK 10 akan melaksanakan beberapa strategi baru. Pertama, inisiatif mencapai pertumbuhan ekonomi tinggi akan berpaksikan kepada produktiviti dan inovasi serta modal insan berkepakaran dan berkualiti. Kalau dahulunya, model ekonomi negara bergantung kepada faktor pengeluaran berkos rendah, kerajaan perlu beralih kepada peningkatan produktiviti dan inovasi yang tinggi. Ini merupakan peralihan yang signifikan oleh kerana produktiviti tinggi dan inovasi merupakan faktor utama yang akan mempastikan negara berjaya bersaing di peringkat global. Diantara langkah-langkah utama ialah memberi tumpuan kepada pelaburan berkualiti yang menyokong aktiviti nilai ditambah tinggi, menggalak pembangunan kluster perindustrian berasaskan pengkhususan serta menambah inisiatif R&D dan pembiayaan modal teroka. Kedua, transformasi kepada aktiviti nilai ditambah tinggi dan berintensif pengetahuan memerlukan pengkhususan di sektor-sektor dimana negara mempunyai lebihan bersaing. Melalui pengkhususan, negara akan dapat memanfaatkan pengeluaran skala besar, selain daripada memajukan aktiviti ekonomi yang berintensifkan pengetahuan dan teknologi tinggi. Selaras dengan pendekatan ini, RMK 10 memberi tumpuan kepada pembangunan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs). Ketiga, di samping pengkhususan, pertumbuhan tertumpu juga akan diutamakan untuk memudahkan jalinan jaringan perniagaan dan pelaburan yang lebih luas dan efektif. Kearah ini, pembangunan bandar akan di laksanakan dengan lebih teratur supaya dapat mewujudkan persekitaran dan keselesaan hidup yang kondusif untuk menjamin kualiti hidup yang baik. Persekitaran ini juga akan dapat menyumbang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai modal insan berkemahiran. Bersabit ini, Bandaraya Kuala Lumpur beserta kawasan sekitarnya atau “Greater KL” akan dimajukan sebagai bandar bertaraf dunia. Keempat, Malaysia memerlukan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi untuk beralih ke aktiviti-aktiviti nilai ditambah serta produktiviti yang tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Kearah ini, kerajaan perlu menarik dan mewujudkan modal insan cemerlang dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran, produktiviti dan keupayaan “soft skills” di sepanjang rantaian nilai pendidikan dan latihan.Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Talent Corporation dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).Talent Corporation diberi mandat untuk menarik, membangun dan mengekalkan bakat negara yang diperlukan bagi memacu usaha menjadikan negara berpendapatan tinggi. Satu langkah penting ialah menarik diaspora Malaysia untuk kembali berkhidmat dinegara ini.Adalah dianggarkan seramai 700,000 professional warga negara Malaysia kini berkhidmat di luar negara.Talent Corporation akan berperanan untuk memudahkan kepulangan tenaga pakar yang diperlukan. Disamping ini, bakat dalam negeri perlu digilap. Untuk ini, kolaborasi dengan sektor industri akan dipertingkatkan, terutamanya bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir di sektor NKEAs yang telah dikenalpasti. Talent Corporation juga akan memanfaatkan sumbangan bakat tenaga mahir dari luar negara untuk menyumbang kepada usaha mentransformasikan ekonomi negara. Kelima, keutamaan akan diberikan kepada usaha menambah kemahiran sumber tenaga kerja dalam negeri. Kearah matlamat ini, latihan kemahiran akan diberi penekanan utama, terutamanya pendidikan teknikal dan latihan vokasional, supaya dapat menarik lebih ramai minat dikalangan pelajar untuk mengikuti pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Langkah ini juga akan dapat melahirkan modal insan yang diperlukan industri dan mampu menyumbang kepada peningkatan produktiviti bagi membolehkan industri beralih ke rantaian nilai lebih tinggi. Keenam, RMK 10 mensasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6 peratus setahun.Ini berlandaskan kepada perkembangan pesat sektor swasta untuk menjadi penggerak utama aktiviti ekonomi berproduktiviti dan bernilai tambah tinggi, serta mewujudkan gagasan modal insan yang cemerlang, berkemahiran tinggi serta bertaraf dunia.Peranan sektor swasta adalah amat penting dalam menerajui pembangunan negara kearah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Pelaburan swasta perlu berkembang pada kadar melebihi 12 peratus, untuk menjana pelaburan sebanyak RM115 bilion dalam tempoh 2011-2015. Ini merupakan sasaran yang mencabar, namun Kerajaan yakin ianya dapat dicapai berkat kerjasama sektor swasta dan sektor awam yang pintar dan berkesan. Penekanan akan diberikan ke arah menggerakkan sektor swasta sebagai peneraju utama pertumbuhan dan inovasi, manakala sektor awam sebagai pemudah cara. Sumber, bakat, teknologi dan inovasi sektor swasta perlu digerakkan supaya menjadi jentera pertumbuhan ekonomi yang lebih berkesan. Ke arah ini, Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif dalam RMK 10 untuk menggalakkan pelaburan dalam negeri dengan program reformasi ekonomi yang berpandangan jauh. Sehubungan itu, Kerajaan akan mengambil inisiatif seperti berikut: i. Memodenkan peraturan perniagaan dengan melaksanakan kajian peraturan perniagaan secara menyeluruh, yang diterajui oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); ii. Meneruskan liberalisasi sektor perkhidmatan, terutamanya untuk menarik pelaburan asing langsung; iii.Menghapuskan “market distortion” melalui rasionalisasi subsidi; dan iv. Memperkenalkan Undang-undang Persaingan. Di samping itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan dijadikan agensi promosi pelaburan yang lebih berkesan, di samping usaha memperkasakan MPC untuk mengenal pasti bidang utama bagi menambah baik produktiviti. Gandingan sektor awam dan sektor swasta akan terus dipergiatkan dalam RMK 10, terutamanya melalui inisiatif penswastaan dan juga perkongsian awam swasta. Ke arah ini, antara langkah utama yang sedang dilaksanakan termasuk: i. Memperkenalkan Dana Fasilitasi Perkongsian Awam Swasta sebanyak RM20 bilion, untuk memangkin dan menyokong viabiliti pelaburan sektor swasta dalam bidang strategik ekonomi negara yang mempunyai kesan limpahan besar; ii. Meningkatkan tahap infrastruktur untuk menyokong aktiviti ekonomi sektor swasta seperti perluasan jaringan “High Speed Broadband”, projek-projek lebuhraya di Greater KL dan Landasan Keretapi Elektrik Berkembar dari Gemas ke Johor Bharu; dan iii. Rangka kerja Sekolah Amanah (Trust Schools) juga diperkenalkan bagi menggalakkan kerjasama awam swasta dalam meningkatkan kecemerlangan sistem pendidikan negara.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Faculty / Institute: Faculty of Economics & Management Sciences
Depositing User: DR MUSTAFA DAKIAN
Date Deposited: 24 Mar 2015 06:48
Last Modified: 24 Mar 2015 06:48
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3164

Available Versions of this Item

  • Model Ekonomi Baru Malaysia : Adakah kita di atas landasan yang betul? (deposited 24 Mar 2015 06:48) [Currently Displayed]

Actions (login required)

View Item View Item