Penerapan Akidah Dalam Dasar Pendidikan Malaysia: Analisis Terhadap Falsafah Pendidikan Negara dan Islam Hadhari

Hamzah, Mohd Shafiee and Laki, Azli Fairuz and Embong, Rahimah and Nik Din, Nik Murshidah (2015) Penerapan Akidah Dalam Dasar Pendidikan Malaysia: Analisis Terhadap Falsafah Pendidikan Negara dan Islam Hadhari. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9 (Jan). pp. 1-11. ISSN 1985-7667( printed) 2289-6325 (online)

[img] Image
JIMK09_04.png
Restricted to Registered users only

Download (205Kb)
[img] Image
JIMK09_02.png
Restricted to Registered users only

Download (199Kb)
[img] Image
JIMK_09_03.png
Restricted to Registered users only

Download (212Kb)
Official URL: http://www.journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/ji...

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah penerapan unsur akidah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Hakikatnya, akidah merupakan perkara paling dasar dalam pembinaan modal insan yang cemerlang. Perkara ini telah terbukti apabila penurunan al-Quran yang bersifat rabbani (ketuhanan) telah menekankan pendekatan dari aspek akidah sebagai dasar terpenting dalam pembinaan komuniti Islam pada peringkat permulaan. Dari pendekatan tersebut, masyarakat Arab jahiliah telah berjaya ditransformasikan kepada satu Ummah yang melakar sejarah ketamadunan manusia yang sangat unggul. Dalam konteks Malaysia, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi negara. Justeru, diandaikan bahawa unsur akidah Islam telah diterapkan ke dalam semua dasar negara dalam setiap aspek termasuk pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif, dasar-dasar pendidikan negara dianalisis secara kritikal dan satu kesimpulan dibuat berdasarkan analisis tersebut. Kajian ini mendapati bahawa penerapan unsur akidah menjadi teras kepada pembentukan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terutamanya dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di Malaysia dan juga pembentukan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Islam Hadhari.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Mr Azli Fairuz Laki
Date Deposited: 06 Apr 2015 04:18
Last Modified: 06 Apr 2015 04:18
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3138

Actions (login required)

View Item View Item