CABARAN MEDIA BARU SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN AGAMA DAN PENYELESAIANNYA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Adam, Fadzli and Ali, Ab Hamid and Mohamed Anuar, Marhana and Engku Ali, Engku Muhammad Tajuddin (2015) CABARAN MEDIA BARU SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN AGAMA DAN PENYELESAIANNYA DARI PERSPEKTIF ISLAM. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9. pp. 12-23. ISSN 1985-7667( printed) 2289-6325 (online)

[img] Text
DrFadzli_JIMK_80-317-1-PB.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (170Kb)
Official URL: http://www.journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/ji...

Abstract

Kempen kesedaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato‟ Seri Dr Mahathir Mohamed pada 11 Oktober 1997 bertujuan untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Hasilnya, TMK kini diaplikasikan secara menyeluruh dalam pelbagai bidang kehidupan. Penulisan ini bertujuan untuk meneliti isu-isu penggunaan media baru sebagai medium pembelajaran agama serta cadangan penyelesaian dari perspektif Islam ekoran permasalahan yang timbul dalam penggunaannya. Perkembangan semasa menunjukkan pengguna semakin dekat dengan media baru dan penggunaannya telah menjangkau kepada perbahasan yang berkaitan dengan agama serta keperluannya dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, media baru mempunyai kesan pro dan kontra terhadap pengguna terutama dari sudut kandungan maklumat, sumber serta beberapa ciri lain yang ada padanya sebagai media sosial. Justeru, kegunaan media sosial untuk menyebarkan maklumat agama serta pelbagai aktiviti dalam proses transformasi dakwah secara atas talian dari pandangan pengguna dan kaedah penyelesaiannya dari perspektif Islam akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam penulisan ini. Hasil penulisan ini dapat dijadikan panduan asas oleh golongan pendakwah serta masyarakat Islam dalam menerima dan menggunakan maklumat atas talian sebagai medium pengajaran dan pembelajaran agama. Kata Kunci: Media baru; Syariah Islam; Dakwah; Pengajaran dan pembelajaran agama; Internet

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty / Institute: Research Institute for Islamic Products & Civilization (INSPIRE)
Depositing User: Dr. Fadzli Adam
Date Deposited: 28 Apr 2015 03:34
Last Modified: 28 Apr 2015 03:34
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3128

Actions (login required)

View Item View Item