APLIKASI PRINSIP WA’D DALAM KONTRAK HADAPAN DAN NIAGA HADAPAN

Daud, Normadiah and Nordin, Nadhirah (2013) APLIKASI PRINSIP WA’D DALAM KONTRAK HADAPAN DAN NIAGA HADAPAN. In: 2nd International Management Conference 2013 (IMaC' 2013), 14th - 15 th December, 2013, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

[img] Text
prosiding gharar.pdf
Restricted to Registered users only

Download (378Kb) | Request a copy
Official URL: https://www.email.unisza.edu.my/src/webmail.php

Abstract

Prinsipwa’d atau janji telah digunakan secara meluas dalam menstrukturkan produk-produk dalam institusi kewangan Islam sejak dari tahun 1990an. Wa‘d kini menjadi alternatif bagi menstrukturkan kontrak derivatif patuh syariah, terutamanya bagi kontrak derivatif aset pendasar kewangan. Kontrak derivatif ialah kontrak kewangan yang nilainya bergantung kepada nilai aset pendasar seperti komoditi, mata wang atau ekuiti.Kontrak hadapan dan niaga hadapan merupakan instrument dalam kontrak derivatif.Kontrak ini berkembang hasil daripada kemajuan kejuruteraan kewangan yang berasaskan ekonomi konvensional dan digunakan untuk mengurus risiko atau perlindungan nilai.Antara isu utama yang dibangkitkan dalam kontrak hadapan dan niaga hadapan ialah isu gharar (ketidakpastian), spekulasi dan maysir (perjudian). Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis kesesuaian prinsip wa'd dalam kontrak hadapan dan niaga hadapan aset pendasar komoditi. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen melalui sorotan kitab Fiqh. Hasil kajian menunjukkan prinsip wa'dadalah prinsip yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kontrak hadapan dan niaga hadapan aset pendasar komoditi. Prinsip ini boleh menjadi alternatif penting institusi kewangan Islam untuk menguruskan risiko perniagaan mereka. Kata kunci: Wa’d, kontrak hadapan; Kontrak niaga hadapan; Kontrak derivative; Komoditi

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Normadiah Daud
Date Deposited: 22 Feb 2015 01:08
Last Modified: 22 Feb 2015 01:08
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/3089

Actions (login required)

View Item View Item