Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab

Che Hat, Norhayati and Sha'ari, Shaferul Hafes and Abdul Hamid, Mohd Fauzi (2013) Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Teknologi, 63 (1). pp. 25-29. ISSN 0127–9696

[img] Text
Persepsi.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (625Kb) | Request a copy

Abstract

Implementasi animasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam pembelajaran bahasa Arab merupakan satu inovasi dalam mewujudkan suasana yang mampu mempengaruhi minat pelajar. Artikel ini membincangkan persepsi pelajar terhadap penggunaan animasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam pembelajaran bahasa Arab. Satu set soal selidik kuantitatif dibentuk bagi mendapatkan data. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari taburan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai persepsi yang tinggi dan memberi respon positif terhadap penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dengan nilai purata 4.34. Kesimpulannya, animasi sesuai dipraktikkan sebagai bahan bantu mengajar bahasa Arab dan mampu menarik minat pelajar untuk menguasainya.

Item Type: Article
Keywords: Persepsi; inovasi; animasi; pembelajaran bahasa Arab; BBM bahasa Arab
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Norhayati Che Hat
Date Deposited: 22 Feb 2015 01:03
Last Modified: 22 Feb 2015 01:03
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/306

Actions (login required)

View Item View Item