Penggunaan DNA Bagi Penentuan Nasab al-Walad Li al- Firasy dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

Tengku Muda, Tengku Fatimah Muliana and Ismail, Siti Khatijah and Omar, Najmiah (2011) Penggunaan DNA Bagi Penentuan Nasab al-Walad Li al- Firasy dalam Peruntukan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Khas. pp. 17-21. ISSN 1985-7667( printed) 2289-6325 (online)

[img] Text
PENGGUNAAN DNA BAGI PENENTUAN NASAB AL-WALAD LI AL- FIRASH DALAM PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (112Kb) | Request a copy

Abstract

Doktrin al-walad lil firasy merupakan antara mekanisme pensabitan nasab di dalam Islam. Ia membawa maksud seseorang anak yang dilahirkan daripada ikatan perkahwinan adalah dianggap sebagai sah taraf. Peruntukan undang-undang keluarga di Malaysia juga mengambil kaedah ini dalam mensabitkan kesahtarafan anak sebagaimana berdasarkan peruntukan seksyen 109 Akta 303. Walau bagaimanapun, artikel ini akan membincangkan keperluan penggunaan aplikasi teknologi moden melalui penyelidikan Deoxyribonucleic acid (DNA) oleh mahkamah Syariah sebagai satu mekanisme alternatif yang konkrit dan tepat bagi menentukan hubungan biologi antara seseorang individu dengan induknya. Bagi memenuhi objektif ini, kaedah analisis dokumen melalui sorotan kitab-kitab fiqh yang berautoriti telah digunakan. Rujukan juga dibuat kepada peruntukan Undang-undang Keluarga Islam. Hasil kajian menunjukkan, bagi menjaga ketinggian kedudukan nasab di dalam Islam, peruntukan perundangan keluarga Islam sewajarnya menyatakan dengan jelas akan keperluan pengesahan melalui DNA dalam mensabitkan kesahtarafan si anak.

Item Type: Article
Keywords: penentuan nasab, doktrin al-walad lil firasy, peruntukan ujian DNA
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: TENGKU FATIMAH MULIANA TENGKU MUDA
Date Deposited: 22 Feb 2015 03:13
Last Modified: 22 Feb 2015 03:13
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2781

Actions (login required)

View Item View Item