PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA MUSHARAKAH MUTANAQISAH DI MALAYSIA: SATU SOROTAN

Ismail, Abdul Hadi (2013) PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA MUSHARAKAH MUTANAQISAH DI MALAYSIA: SATU SOROTAN. In: INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAMIC JURISPRUDENCE IN CONTEMPORARY SOCIETY, 30 N0V - 1 DIS 2013, KUALA TERENGGANU. (Unpublished)

[img] Text
Pembiayaan Perumahan Secara Musharakah Mutanaqisah Di Malaysia Satu Sorotan.pdf - Presentation
Restricted to Registered users only

Download (652Kb) | Request a copy

Abstract

Musharakah mutanaqisah adalah sesuatu yang masih baru dalam industri perbankan Islam di Malaysia. Ia merupakan ‘aqd al-mustajiddah (kontrak baru muncul) dan ‘aqd al-murakkabah (kontrak hibrid) yang lahir hasil daripada daya kreativiti dan inovasi para sarjana fiqh dan kewangan Islam kontemporari dalam menghadapi cabaran sistem kewangan semasa. Ia juga memiliki struktur yang kompleks serta konteks pemahaman dan penggunaan yang versatil. Tidak hairanlah ramai yang keliru tentang maksud sebenar kontrak tersebut. Oleh sebab itu, artikel ini berusaha untuk menjelaskan bentuk dan hukum kontrak pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah yang ditawarkan oleh institusi-institusi perbankan Islam di Malaysia. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, data dikumpulkan menerusi kajian perpustakaan, dokumentasi dan temubual. Ia kemudiannya dianalisis secara deskriptif, induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kontrak pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah yang ditawarkan oleh institusi-institusi perbankan Islam di Malaysia adalah daripada bentuk musharakah mutanaqisah bersama dengan ijarah dan penggabungan kontrak-kontrak tersebut adalah diharuskan dalam sistem muamalah Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Pembiayaan Perumahan Secara Islam – Musharakah Mutanaqisah – Perkongsian Semakin Berkurang – Perkongsian Semakin Menurun.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HG Finance
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Abdul Hadi Ismail
Date Deposited: 13 Jan 2015 05:14
Last Modified: 13 Jan 2015 05:14
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2738

Actions (login required)

View Item View Item