KEDINAMIKAN MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM MEMENUHI TUNTUTAN SISTEM MUAMALAH ISLAM MODEN

Ismail, Abdul Hadi (2013) KEDINAMIKAN MUSHARAKAH MUTANAQISAH DALAM MEMENUHI TUNTUTAN SISTEM MUAMALAH ISLAM MODEN. In: INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAMIC JURISPRUDENCE IN CONTEMPORARY SOCIETY, 30 N0V - 1 DIS 2013, KUALA TERENGGANU. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kedinamikan Musharakah Mutanaqisah Dalam Memenuhi Tuntutan Sistem Muamalah Islam Moden.pdf

Download (723Kb) | Preview

Abstract

Musharakah mutanaqisah adalah suatu kontrak baru dalam sistem muamalah Islam moden. Ia merupakan alternatif kepada bay‘ al-murabahah (jual beli dengan tambahan keuntungan) dan bay‘ bithaman ajil (jual beli dengan harga bertangguh) yang mendominasi industri perbankan Islam pada hari ini. Antara justifikasi yang telah dikemukakan bagi menyokong penyataan di atas ialah kedinamikan kontrak tersebut dalam memenuhi kepelbagaian kehendak sistem muamalah Islam moden. Oleh sebab itu, artikel ini berusaha untuk menjelaskan konsep musharakah mutanaqisah dan unsur-unsur kedinamikan yang wujud dalam kontrak tersebut. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, data dikumpulkan menerusi kajian perpustakaan dan dokumentasi, seterusnya dianalisis secara deskriptif, induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa musharakah mutanaqisah adalah suatu kontrak yang dinamik, mempunyai kekuatan yang tersendiri serta berupaya memenuhi kepelbagaian kehendak dalam sistem muamalah Islam moden.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Muamalah Islam – Musharakah Mutanaqisah – Perkongsian Semakin Berkurang – Perkongsian Semakin Menurun.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HG Finance
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Abdul Hadi Ismail
Date Deposited: 13 Jan 2015 05:15
Last Modified: 14 Feb 2016 03:07
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2737

Actions (login required)

View Item View Item