PENGAMALAN IBU SUSUAN DALAM PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DI MALAYSIA SATU INTERPERTASI SUNNAH NABAWIYYAH

Daud, Normadiah and Nordin, Nadhirah and Mohd Noor, Mariam Nabilah (2014) PENGAMALAN IBU SUSUAN DALAM PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DI MALAYSIA SATU INTERPERTASI SUNNAH NABAWIYYAH. In: sunnah Asas Wasatiyyah Pencetus Transformasi Ummah. Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, pp. 205-216. ISBN 978-967-5996-50-4

[img] Text
pdf bdb.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (7Mb) | Request a copy
Official URL: https://www.email.unisza.edu.my/src/webmail.php

Abstract

Seramai 6,259 orang anak angkat telah didaftarkan di seluruh Malaysia pada tahun 2010. Ia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kajian telah membuktikan pasangan Melayu yang beragama Islam adalah golongan yang paling ramai mengambil anak angkat. Persoalannya bagaimanakah keluarga angkat yang beragama Islam ini mampu menjaga batas-batas pergaulan mereka dengan anak tersebut terutamanya apabila anak tersebut meningkat baligh? Perkara ini telah menjadi barah dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut berdasarkan kepada pengamalan ibu susuan yang pernah dilakukan pada zaman Rasul SAW. Di samping itu kajian ini juga memuatkan syarat-syarat pengambilan anak angkat di Malaysia dan syarat-syarat untuk menjadi ibu susuan menurut Islam. Dengan cara ini pasangan yang tidak mempunyai anak akan mendapat anak angkat dan pada masa yang sama tuntutan syariat juga dapat dipelihara. Method kajian ini ialah keperpustakaan dan keseluruhan fakta adalah berteraskan kepada kitab fiqh, sirah, tafsir dan hadis. Hasilnya, ternyata pengamalan ibu susuan dalam pelbagai cara yang dibenarkan oleh syarak dan berteraskan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasul SAW mampu menyelamatkan masyarakat daripada melakukan dosa di rumah sendiri dan menjaga keutuhan masyarakat muslim dengan batas-batas pergaulan yang telah digariskan dalam Islam Kata Kunci: Ibu Susuan, Anak Angkat, Sunnah .

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Normadiah Daud
Date Deposited: 01 Jan 2015 07:35
Last Modified: 01 Jan 2015 07:35
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2719

Actions (login required)

View Item View Item