Aktiviti Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Terhadap Masyarakat Orang Asli: Pelaksanaan Dan Cabarannya

Mohd Zain, Jamilah and Engku Alwi, Engku Ahmad Zaki (2014) Aktiviti Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Terhadap Masyarakat Orang Asli: Pelaksanaan Dan Cabarannya. In: Bicara Dakwah kali ke 15: Pengurusan dakwah Kontemporari, 6 Mei 2014, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

[img] Text
13 130-140 Jamilah & Engku Zaki.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (390Kb)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat aktiviti atau program dakwah yang dilaksanakan oleh JAKIM kepada masyarakat Orang Asli di samping mengkaji apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh JAKIM dalam usaha berdakwah kepada golongan tersebut. Kajian ini adalah penting untuk mempastikan aktiviti dakwah JAKIM kepada masyarakat Orang Asli selama ini telah mencapai matlamat sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan tersebut, penulis telah menggunakan dua kaedah utama pengumpulan data iaitu kajian lapangan dan kajian dokumen. Dalam kajian lapangan penulis menggunakan metode temubual dan pemerhatian serta melalui sesi lawatan atau penyertaan bersama mereka dalam aktiviti yang dijalankan supaya maklumat yang diperolehi lebih tepat. Begitu juga pencarian maklumat diperoleh daripada dokumen yang disediakan oleh pihak JAKIM seperti laporan tahunan, minit mesyuarat, kertas kerja, senarai takwim dan lain-lain untuk lebih memantapkan lagi hasil kajian ini. Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati telah banyak aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh pihak JAKIM terhadap golongan sasaran. Secara keseluruhannya dapat dibuat kesimpulan bahawa walaupun aktiviti dakwah kepada masyarakat Orang Asli telah banyak dilakukan oleh JAKIM, namun sambutan dan penghayatan mereka kepada ajaran Islam masih lagi lemah dan berada di tahap yang rendah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: PROF DR ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI
Date Deposited: 01 Jan 2015 07:30
Last Modified: 01 Jan 2015 07:30
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2679

Actions (login required)

View Item View Item