Itqan al-Muluk: Warisan Perundangan Islam Kesultanan Melayu Terengganu

Mohd, Zulkifli and Syed Ab. Rahman, Syed Mohd Azmi and Baru, Rohaizan (2011) Itqan al-Muluk: Warisan Perundangan Islam Kesultanan Melayu Terengganu. In: Seminar Perundangan Islam dalam Masyarakat Kontemporari (ISLAC) 2011, 18 - 19 November 2011, UniSZA Kampus Gong Badak. (Unpublished)

[img] Text
ITQANUL MULUK, WARISAN PERUNDANGAN ISLAM NEGERI TERENGGANU.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (387Kb)

Abstract

Kertas ini bertujuan menganalisis kandungan Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang diberi nama Itqān al-Mulūk bi Ta‘dil al-Sulūk yang juga dikenali sebagai Perlembagaan 1911. Berdasarkan dokumen perundangan ini dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan, kajian mendapati Itqān al-Mulūk atau Perlembagaan 1911 ini merupakan satu warisan perundangan Islam Kesultanan Melayu Terengganu yang telah digubal pada tahun 1329H bersamaan 1911M semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1811-1918M). Perlembagaan ini membuktikan bahawa kerajaan negeri Terengganu telah menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undang yang berkuatkuasa dalam negeri. Perlembagaan ini juga merupakan satu-satunya perundangan yang ada di Malaysia sehingga kini yang mengisytiharkan bahawa kerajaan negeri Terengganu merupakan Kerajaan Melayu Islam (melalui peruntukan fasal 51 perlembagaan). Selain dari itu, perlembagaan ini juga diperkenalkan dengan tujuan memelihara kedaulatan negeri dari sebarang pencerobohan oleh kuasa-kuasa asing. Hasil dari kajian yang dilakukan dapat disimpulkan bahawa Itqān al-Mulūk atau Perlembagaan 1911 ini telah menampakkan ciri-ciri sebuah perlembagaan moden, yang terkandung di dalamnya peruntukan-peruntukan berkaitan urusan mentadbir negeri, sumber kuasa dan perundangan, dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Itqan al-Muluk; Perlembagaan Negeri; Warisan Perundangan Islam; Kesultanan Melayu Terengganu
Subjects: J Political Science > J General legislative and executive papers
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Zulkifli Mohd
Date Deposited: 22 Feb 2015 02:59
Last Modified: 22 Feb 2015 02:59
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2666

Actions (login required)

View Item View Item