Penerapan Unsur Akidah Dalam Dasar Pendidikan Malaysia

Hamzah, Mohd Shafiee and Embong, Rahimah and Nik Din, Nik Murshidah (2014) Penerapan Unsur Akidah Dalam Dasar Pendidikan Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA, 25-26 September 2014, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. (Unpublished)

[img] Image
penerbitan shafiee_15.jpg - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (441Kb)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah penerapan unsur akidah dalam dasar pendidikan negara. Hakikatnya, akidah merupakan perkara yang paling dasar dalam pembinaan modal insan yang cemerlang. Perkara ini telah terbukti apabila penurunan al-Quran yang bersifat rabbani (ketuhanan) telah menekankan pendekatan dari aspek akidah sebagai dasar yang terpenting dalam pembinaan komuniti Islam pada peringkat permulaan. Dari pendekatan tersebut, masyarakat Arab jahiliah telah berjaya ditransformasikan kepada satu Ummah yang melakar sejarah ketamadunan manusia yang sangat unggul. Dalam konteks Malaysia, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi negara. Justeru, diandaikan bahawa unsur akidah Islam telah diterapkan ke dalam semua dasar negara dalam setiap aspek termasuk pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif, dasar-dasar pendidikan negara dianalisis secara kritikal dan satu kesimpulan dibuat berdasarkan analisis tersebut. Kajian ini mendapati bahawa penerapan unsur akidah menjadi teras kepada pembentukan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terutamanya dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Mohd Shafiee Hamzah
Date Deposited: 01 Jan 2015 07:14
Last Modified: 01 Jan 2015 07:14
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2653

Actions (login required)

View Item View Item