PENDEFINISIAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA: ISU DAN PERKEMBANGAN

Mat Teh, Kamarul Shukri and Nasir, Mohd Shahrizal and Mohmad Rouyan, Nurazan (2012) PENDEFINISIAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA: ISU DAN PERKEMBANGAN. In: Language and Education Conference (LEC 2011), 23-24 Nov 2011, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

[img] Text
LEC70_bm.pdf
Restricted to Registered users only

Download (164Kb)

Abstract

Kajian-kajian tentang Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) di peringkat awal lebih menggunakan pendekatan “kajian dahulu, teori kemudian”. Orientasi penyelidikan yang tidak didasari oleh teori yang mantap ini telah membawa kepada pembentukan terminologi dan definisi SPB yang tidak seragam lagi bercapah. Keadaan ini menimbulkan konflik pandangan dalam kalangan para penyelidik. Justeru, kertas ini cuba mengenal pasti isu dan perkembangan yang berlaku dalam proses mendefinisikan SPB. Kajian ini mendapati timbulnya isu dalam pendefinisian SPB dari segi mentakrifkan sama ada ia bersifat sedar atau tidak sedar. Perbahasan mengenai definisi SPB turut diwarnai dengan isu sama ada ia merupakan perlakuan, atau aktiviti mental, atau kedua-duanya sekali. Beberapa perubahan pola definisi-definisi yang dikemukakan oleh para sarjana telah dapat dikenalpasti. Antaranya, perubahan fokus daripada produk kepada proses, serta perubahan bentuk takrifan daripada ringkas kepada yang lebih komprehensif. Pengaruh teori kognitif dan sosial kognitif dalam pendefinisian SPB juga dapat dikesan berlaku setelah lebih daripada sepuluh tahun bidang ini diterokai. Di akhirnya, kajian ini telah dapat mengemukakan dua komponen dalam kerangka utama bagi pendefinisian SPB iaitu elemen dan tujuan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Nurazan Mohmad Rouyan
Date Deposited: 22 Feb 2015 02:35
Last Modified: 22 Feb 2015 02:35
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2559

Actions (login required)

View Item View Item