PENGAJARAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA: SATU KERANGKA KONSEPTUAL

Mohmad Rouyan, Nurazan and Nasir, Mohd Shahrizal and Mat Teh, Kamarul Shukri (2012) PENGAJARAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA: SATU KERANGKA KONSEPTUAL. In: Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012), 2th to 13th December 2012, Nilai, Negeri Sembilan.

[img] Text
P3C1-2 NURAZAN UNISZA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (255Kb) | Request a copy

Abstract

Seiring dengan pendekatan yang berpusat kepada pembelajaran (learning centered) dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa, kajian berkaitan penggunaan strategi pembelajaran bahasa (SPB) telah berkembang dengan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Bidang P&P bahasa Arab di Malaysia tidak terkecuali. Hasil tinjauan literatur menunjukkan bahawa kebanyakan kajian yang telah dijalankan lebih bersifat deskriptif. Sekalipun kajian seumpama ini dilihat penting untuk membina profil penggunaan SPB pelajar-pelajar bahasa Arab ini, aspek pengajaran SPB (PSPB) seharusnya turut diterokai. Kertas yang lebih bersifat pembinaan kerangka konseptual melalui sorotan literatur ini dimulakan dengan tinjauan ringkas kajian SPB dalam konteks P&P bahasa Arab di Malaysia. Seterusnya, saranan penerokaan bidang pengajaran SPB dikemukakan dengan mengemukakan kewajaran pengajaran SPB dalam konteks P&P bahasa Arab di Malaysia, kepentingan SPB dan model-model utama PSPB yang dihasilkan oleh penyelidik lapangan SPB. Prinsip-prinsip utama pengajaran SPB turut dipersembahkan di akhir kertas untuk memberi panduan umum bagaimana mengaplikasi pengajaran SPB dalam kelas-kelas P&P bahasa Arab.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Nurazan Mohmad Rouyan
Date Deposited: 22 Feb 2015 02:34
Last Modified: 22 Feb 2015 02:34
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2557

Actions (login required)

View Item View Item