FUNGSI TATABAHASA ARAB DALAM PEMBINAAN HUKUM FIKAH MENERUSI AYAT-AYAT AL-QUR’AN

Nasir, Mohd Shahrizal and Mat Teh, Kamarul Shukri and Mohmad Rouyan, Nurazan (2012) FUNGSI TATABAHASA ARAB DALAM PEMBINAAN HUKUM FIKAH MENERUSI AYAT-AYAT AL-QUR’AN. In: Regional Seminar on Islamic Higher Educational Institutions 2012 (SeIPTI 2012), 11-12 Disember 2012, USIM, Nilai .

[img] Text
P1C4-1 MOHD SHAHRIZAL UNISZA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (285Kb)

Abstract

Penguasaan terhadap tatabahasa Arab merupakan antara syarat penting bagi melayakkan seseorang individu mengeluarkan pandangan (berijtihad) berkaitan masalah fikah. Menurut majoriti ahli bidang tatabahasa Arab silam dan kontemporari, perkataan dan ayat dalam al-Qur’an tidak bercanggah dengan hukum tatabahasa Arab. Oleh itu, majoriti ulama menjadikan al-Qur’an sebagai sumber hujah yang utama dalam menyelesaikan perbezaan pandangan mereka tentang tatabahasa Arab. Hal ini menjelaskan fungsi tatabahasa Arab dalam pemahaman ayat al-Qur’an serta pembinaan hukum-hukum fikah daripada ayat al- Qur’an. Malah, perbezaan pandangan dalam kalangan ulama mazhab-mazhab fikah, antara lain berpunca daripada pemahaman mereka terhadap makna ayat al-Qur’an berasaskan aspek tatabahasa Arab. Kertas kerja ini berusaha menjelaskan fungsi tatabahasa Arab dalam pembinaan hukum fikah daripada dalil-dalil al-Qur’an. Terdapat tiga unsur tatabahasa Arab yang mempengaruhi proses pembinaan hukum fikah iaitu fleksi (i’rab), partikel dan ayat gramatis. Namun, kertas kerja ini akan memberi fokus terhadap satu daripada tiga unsur tersebut iaitu ayat gramatis. Berdasarkan analisis tatabahasa yang dibuat terhadap beberapa ayat al-Qur’an, secara jelas menunjukkan bahawa fungsi tatabahasa Arab amat penting dalam proses pengeluaran hukum fikah. Analisis ini seterusnya mengukuhkan sebab perlunya ilmu tatabahasa Arab dikuasai oleh individu yang terlibat dalam proses pengeluaran hukum fikah, terutama bagi masalah-masalah fikah semasa. Tanpa penguasaan yang mantap terhadap tatabahasa Arab, pengeluaran hukum berkaitan masalah fikah akan menjadi celaru dan hukum yang dikeluarkan tidak bersifat tuntas.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Nurazan Mohmad Rouyan
Date Deposited: 22 Feb 2015 02:33
Last Modified: 22 Feb 2015 02:33
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2553

Actions (login required)

View Item View Item