KATA DARJAH PENCAPAIAN DALAM BAHASA MELAYU: SATU ANALISIS AKTIONSART

Mohamad, Nazilah and Yusof, Maslida (2012) KATA DARJAH PENCAPAIAN DALAM BAHASA MELAYU: SATU ANALISIS AKTIONSART. In: UKM International Conference on Linguistics (PALing @ UKM 2012) , 10-11 April 2014, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
Nazilah Mohamad.pdf
Restricted to Registered users only

Download (216Kb)

Abstract

Makalah ini bertujuan membincangkan kelas kata kerja darjah pencapaian dalam bahasa Melayu dengan menggunakan konsep semantik Teori Role and Reference Grammar (RRG) oleh Van Valin (2005). Representasi semantik dalam RRG berasaskan kelas aktionsart. Berdasarkan kelas aktionsart, terdapat enam kelas kata kerja dalam bahasa Melayu iaitu kelas kata kerja keadaan, kelas kata kerja aktiviti, kelas kata kerja pencapaian, kelas kata kerja penyempurnaan, kelas kata kerja aktif penyempurnaan dan versi kausatif bagi setiap kelas (Maslida 2009). Namun demikian terdapat satu lagi kelas kata kerja dalam bahasa Melayu yang mengunakan label kelas kata kerja pencapaian iaitu kelas kata kerja darjah pencapaian seperti kata meluas, memanjang, dan mengering. Dalam menentukan kelas kata kerja darjah pencapaian, terdapat pencanggahan dalam kalangan sarjana iaitu Dowty (1979) dan Rothsein (2008) meletakkan kata kerja darjah pencapaian di bawah kelas kata kerja pencapaian. Manakala Hay (1998) meletakkan kata kerja darjah pencapaian dalam kelas kata kerja aktiviti dan kelas kata kerja penyempurnaan. Bagi merungkaikan pemasalahan linguistik tersebut pengkaji akan menggunakan ujian diagnostik dalam Teori RRG bagi menentukan kelas kata kerja darjah pencapaian dalam bahasa Melayu. Ujian diagnostik akan menentukan sama ada kata kerja darjah pencapaian di bawah kelas kata kerja pencapaian atau berada dalam kelas kata kerja yang lain atau ianya memiliki kelasnya yang tersendiri. Selain itu dalam kajian ini pengkaji akan memerihalkan ciri-ciri dan sifat-sifat kata kerja darjah pencapaian dalam bahasa Melayu. Kata kunci: Kelas aktionsart, Teori RRG, Kata kerja darjah pencapaian, kata kerja pencapaian, kata kerja penyempurnaan

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: nazilah mohamad
Date Deposited: 22 Feb 2015 02:32
Last Modified: 22 Feb 2015 02:32
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2550

Actions (login required)

View Item View Item