Konsep Wasatiyyah dalam Kerjaya Menurut Imam al-Juwayni

Mustafa, Mohd Fadzhil and Kasan, Hasnan (2014) Konsep Wasatiyyah dalam Kerjaya Menurut Imam al-Juwayni. In: Sunnah Asas Wasatiyyah Pencetus Transformasi Ummah. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan., pp. 85-91. ISBN 978-967-5996-504

[img] Text
KONSEP WASATIYYAH DALAM KERJAYA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (131Kb) | Request a copy
Official URL: http:/info.fpqs@usim.edu.my

Abstract

Kertas ini berhasrat menanamkan konsep wasatiyyah dalam kerjaya masa kini menurut Imam al-Juwayni bagi menangani isu salah tindakan dan kekeliruan pemikiran yang membabitkan nilai serta keperibadian anggota masyarakat. Dalam hal ini, kerjaya seseorang penjawat awam misalnya, perlu dipantau dan diselaraskan agar sejajar dengan qudwah hasanah yang ditampilkan oleh peribadi mulia Rasulullah s.a.w. Rasionalnya ialah ilmu dan latihan yang diperolehi mereka bukan sekadar maklumat namun ia merupakan satu proses penjanaan tapak atau asas kukuh terhadap jalan, manhaj dan nilai kehidupan sebenar. Sehubungan itu, Sunnah nabawiyyah telah memainkan peranan penting menerusi maqasidnya sekali gus menampilkan konsep dan nilai penyelesaian tersendiri lagi berkesan terhadap cita rasa kerjaya seseorang. Justeru, nilai wasati harus difahami secara bersepadu bagi membentuk tingkah laku berkualiti serta menjana hubungan satu masyarakat yang harmoni. Berdasarkan kajian kualitatif melalui kajian perpustakaan dan analisis kandungan teks Sunnah serta karya Imam al-Juwayni, penulis berusaha menterjemahkan konsep dan nilai yang berjaya meningkatkan kefahaman, kesedaran serta keprihatinan masing-masing. Hasilnya, pasti tercetus satu fenomena persefahaman baharu dalam bentuk modul kerjaya masa kini yang lebih seimbang dan sejajar dengan keperluan semasa demi menjaga kestabilan wilayah dan maslahah umum negara.

Item Type: Book Section
Keywords: Konsep Wasatiyyah, kerjaya penjawat awam, penghayatan Sunnah, maslahah umum Negara.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
H Social Sciences > HM Sociology
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Mohd Fadzhil Mustafa
Date Deposited: 28 Dec 2014 08:25
Last Modified: 28 Dec 2014 08:25
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2497

Actions (login required)

View Item View Item