Penyakit Tanaman Industri

Sajili, Mohammad Hailmi and Kadir , J (2012) Penyakit Tanaman Industri. Penerbit UniSZA, Kuala Terengganu, Malaysia. ISBN 978-983-9842-40-1

[img] Image
1. PTI (Muka Depan).jpg
Restricted to Registered users only

Download (1378Kb)

Abstract

Ilham penerbitan buku ini bermula ketika pengajian dalam lepasan Ijazah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2006. Kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan berkaitan penyakit tanaman di Malaysia yang di ketengahkan oleh golongan pelajar, petani serta agen pengembangan adalah pencetus kepada segalanya. Rentetan itulah bermulanya segala usaha terhadap penghasilan buku ini. Untuk pengetahuan umum, pengumpulan data berkaitan penyakit tanaman menghadapi sedikit kesukaran dan penulis dapat mengenalpasti kelemahan yang sangat ketara dalam sistem pengumpulan data dan dokumentasi berkaitan penyakit tanaman. Atas dasar inilah sekali lagi penulis menyatakan betapa pentingnya penulisan buku ini. Namun begitu, tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk memenuhi tuntutan para pelajar, golongan petani serta pegawai pengembangan di institusi yang berkaitan yang memerlukan. Buku ini mengandungi maklumat mengenai penyakit tanaman tropika yang memaparkan jenis tanaman, jenis penyakit, pathogen penyebab, ‘sign’ dan simtom serta cadangan kawalan penyakit yang berkaitan. Selain itu, pengenalan kepada asas penyakit tanaman juga termaktub dalam buku ini. Adalah menjadi harapan editor agar maklumat dalam buku ini boleh memberikan manfaat kepada para petani khususnya serta para pelajar serta pegawai pengembangan amnya. Edisi yang pertama ini akan disusuli dengan edisi seterusnya yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan pengetahuan dalam bidang perlindungan tanaman serta keadaan semasa. Cadangan, kritikan membina serta maklumat daripada para pengguna buku ini adalah amat dialukan dalam usaha kami untuk mempertingkatkan mutu serta melengkapkan maklumat sebaik mungkin. Mohammad Hailmi Bin Sajili Pensyarah (Perlindungan Tanaman) Jabatan Sains Pertanian, Fakulti Pertanian dan Bioteknologi, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Item Type: Book
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Faculty / Institute: Faculty of Bioresources & Food Industry
Depositing User: Mr. MOHAMMAD HAILMI SAJILI
Date Deposited: 21 Jan 2015 02:26
Last Modified: 21 Jan 2015 02:26
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2441

Actions (login required)

View Item View Item