Penyakit Tanaman Buah buahan

Sajili, Mohammad Hailmi and Kadir , J (2011) Penyakit Tanaman Buah buahan. Penerbit UniSZA, Kuala Terengganu, Malaysia. ISBN 978-983-9842-40-1

[img] Text
Buku Tanaman 17072011K.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (13Mb)

Abstract

Prakata Ilham penerbitan buku ini bermula ketika pengajian dalam lepasan Ijazah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2006. Kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan berkaitan penyakit tanaman di Malaysia yang diketengahkan oleh golongan pelajar, petani serta ejen pengembangan adalah pencetus kepada segalanya. Rentetan itulah bermulanya segala usaha terhadap penghasilan buku ini. Untuk pengetahuan umum, pengumpulan data berkaitan penyakit tanaman menghadapi sedikit kesukaran dan penulis dapat mengenalpasti kelemahan yang sangat ketara dalam sistem pengumpulan data dan dokumentasi berkaitan penyakit tanaman. Atas dasar inilah sekali lagi penulis menyatakan betapa pentingnya penulisan buku ini. Namun begitu, tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk memenuhi tuntutan para pelajar, golongan petani serta pegawai pengembangan di institusi yang berkaitan yang memerlukan. Buku ini mengandungi maklumat mengenai penyakit tanaman tropika yang memaparkan jenis tanaman, jenis penyakit, patogen penyebab, sign dan simptom serta cadangan kawalan penyakit yang berkaitan. Selain itu, pengenalan kepada asas penyakit tanaman juga termaktub dalam buku ini. Adalah menjadi harapan editor agar maklumat dalam buku ini boleh memberikan manfaat kepada para petani khususnya serta para pelajar serta pegawai pengembangan amnya. Edisi yang pertama ini akan disusuli dengan edisi seterusnya yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan perkembangan pengetahuan dalam bidang perlindungan tanaman serta keadaan semasa. Cadangan, kritikan membina serta maklumat daripada para pengguna buku ini amat dialu-alukan dalam usaha kami untuk mempertingkat mutu serta melengkapkan maklumat sebaik mungkin. Mohammad Hailmi Sajili Fakulti Pertanian dan Bioteknologi Universiti Sultan Zainal Abidin.

Item Type: Book
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Faculty / Institute: Faculty of Bioresources & Food Industry
Depositing User: Mr. MOHAMMAD HAILMI SAJILI
Date Deposited: 22 Feb 2015 03:01
Last Modified: 22 Feb 2015 03:01
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2440

Actions (login required)

View Item View Item