Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia

Abdullah, Ramle and Amat Simin, Mohamad Hafis and Ibrahim, Asmawi (2014) Pemuliharaan hutan dalam kalangan masyarakat Semaq Beri di Negeri Terengganu, Malaysia. Geografia - Malaysian Journal of Society and Space, 10 (3). pp. 113-124. ISSN 2180-2491

[img] Text
9okk.geografia-julai14-Ramle&Asmawi-etal-edkatam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (267Kb) | Request a copy
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/?cont=d&item=1&ver=...

Abstract

Suku kaum Semaq Beri di negeri Terengganu adalah antara komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang banyak bergantung kepada hutan untuk memenuhi keperluan makanan dan pendapatan. Kajian ini dilakukan untuk menyelami pemikiran suku kaum Semaq Beri tentang hutan berasaskan persoalan berikut: (i) Apakah konsep hutan dari perspektif mereka? (ii) Bagaimanakah sikap mereka untuk memastikan kelestarian hutan? Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, pemerhatian ikut serta dan temu bual mendalam dengan 20 responden utama yang mewakili suku Semaq Beri di Kg. Sg. Pergam, Kemaman and Kg. Sg. Berua, Hulu Terengganu. Hasil kajian menunjukkan suku kaum Semaq Beri mempunyai pemikiran yang tersendiri berkenaan persekitaran hutan dalam kehidupan mereka. Antara lain, kepelbagaian biologi hutan dipercayai anugerah kuasa ghaib untuk kesenangan dan keharmonian hidup manusia, iaitu membekalkan keperluan seperti makanan, pendapatan, ubat-ubatan dan sumber lain. Justeru itu hutan rimba sering diibaratkan sebagai ‘bank’, iaitu sebagai institusi tempat individu menyimpan sumber kekayaan yang boleh dikeluarkan apabila perlu. Berasaskan persepsi sedemikian juga pendekatan suku kaum Semaq Beri dalam meneroka, memelihara dan menjaga kelestarian hutan terbentuk supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang. Katakunci: hutan, kepelbagaian biologi, Orang Asli, pemuliharaan hutan, kelestarian hutan, Semaq Beri

Item Type: Article
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
Faculty / Institute: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Mr Mohamad Hafis Amat Simin
Date Deposited: 28 Dec 2014 08:05
Last Modified: 28 Dec 2014 08:05
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2436

Actions (login required)

View Item View Item