Buku Kerja Keusahawanan: Jom Buat Bisnes!

Zainol, Fakhrul Anwar and Mat Jusoh, Ahmad Jazlan (2010) Buku Kerja Keusahawanan: Jom Buat Bisnes! Penerbit Unisza, Terengganu, Malaysia. ISBN 9789839842395

[img] Text
full asaskeusahawanan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6Mb) | Request a copy

Abstract

Buku Kerja Keusahawanan: Jom Buat Bisnes! adalah modul latihan keusahawanan berbentuk action learning yang bertujuan memberi pendedahan kepada para mahasiswa daripada pelbagai latar belakang pengajian untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai minda keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka kelak. Modul latihan yang dibentuk merupakan modul sokongan kepada modul Asas Pembudayaan Keusahawanan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Ia memberi penekanan kepada pembinaan kemahiran keusahawanan di kalangan mahasiswa dengan penglibatan secara menyeluruh dalam proses pembelajaran keusahawanan. Selain itu, modul latihan ini juga dihasilkan untuk membina keyakinan diri para mahasiswa serta mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka. Keusahawanan membuka peluang yang cerah kepada para mahasiswa untuk mengembangkan potensi diri di samping menjanjikan pulangan yang lumayan. Perniagaan yang dibina menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain. Menjadi seorang usahawan memerlukan pelbagai kemahiran kendiri seperti pengetahuan perniagaan, kemahiran insaniah, nilai dan sikap yang betul. Sehubungan itu, modul latihan ini menggalakkan mahasiswa untuk menilai kekuatan dan kelemahan mereka supaya mereka mempunyai perancangan yang jelas bagi melengkapkan diri dengan kemahiran keusahawanan yang diperlukan. Dalam penyediaan buku kerja ini kami terhutang budi kepada banyak pihak. Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan penerbitan buku kerja ini. Penghargaan khas kami abadikan buat Pusat Penerbitan UniSZA yang sudi menyunting kandungan buku kerja ini bagi memastikan ketepatan dalam beberapa hal. Segala yang baik itu hak Allah s.w.t. dan apa jua kelemahan buku kerja ini adalah kelemahan penyusun dan penyuntingnya. Jadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan… Jom Buat Bisnes!

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Economics & Management Sciences
Depositing User: Dr Fakhrul Anwar Zainol
Date Deposited: 23 Feb 2015 01:16
Last Modified: 23 Feb 2015 01:16
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2300

Actions (login required)

View Item View Item