Kualiti Hidup Pendekatan Maqasid Syariah

Mahadzirah , Mohamad and Nor Azman , Mat Ali and Mohamad, Nasir and Wan Chik , Wan Mohd Yusof and Norhilmi, Muhammad and Fazida, Karim (2014) Kualiti Hidup Pendekatan Maqasid Syariah. Penerbit Sultan Zainal Abidin , Kuala Terengganu, Terengganu. ISBN 9789839842814

[img]
Preview
Text
Buku Kualiti Hidup Pendekatan Maqasid Syariah (2).pdf

Download (518Kb) | Preview

Abstract

Maqasid Syariah terdiri daripada lima aspek kehidupan, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta memainkan peranan penting dalam menjamin kehidupan manusia bagi mencapai kehidupan yang lebih berkualiti di dunia dan akhirat. Menjaga kelima-lima aspek kehidupan tersebut menjamin kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Terdapat tiga peringkat Maqasid Syariah iaitu dharuriyyat (asas), hajiyyat (keselesaan) dan tahsiniyyat (kesempurnaan). Peringkat dharuriyyat merupakan suatu kemestian bagi menjalani kehidupan. Manakala peringkat hajiyyat merupakan aspek yang mendatangkan kemudahan dan keselesaan kepada kehidupan. Tahsiniyyat pula merupakan aspek kesempurnaan atau keindahan dalam menjalani kehidupan. Pendekatan Maqasid Syariah dalam pengukuran kualiti hidup adalah lebih lengkap berbanding dengan pendekatan teori Maslow kerana pendekatan Maqasid Syariah menjaga kepentingan awam, menyentuh aspek menjaga agama serta menjaminkan keadilan. Walau bagaimanapun, kedua-dua pendekatan in menyentuh mengenai memenuhi kepuasan keperluan individu.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Economics & Management Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad
Date Deposited: 24 Nov 2014 07:01
Last Modified: 09 Nov 2015 11:55
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2274

Actions (login required)

View Item View Item