Implikasi Penafian Majaz Al-Quran Terhadap Nas-Nas Sifat Mutashabihat

Haji Wahab, Muhammad Rashidi and Nasir, Mohd Shahrizal and Syed Omar, Syed Hadzrullathfi (2014) Implikasi Penafian Majaz Al-Quran Terhadap Nas-Nas Sifat Mutashabihat. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 8. pp. 136-152. ISSN 1985-7667( printed) 2289-6325 (online)

This is the latest version of this item.

[img] Text
Implikasi Penafian Majaz Al-Quran Terhadap Nas-Nas Sifat Mutashabihat.pdf
Restricted to Registered users only

Download (495Kb)

Abstract

Penggunaan majaz dalam al-Quran merupakan antara elemen penting dalam perbincangan kesusasteraan Arab kerana ia mempunyai kaitan rapat dalam memberikan kefahaman yang tepat tentang sesuatu perkara. Ramai dalam kalangan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamacah bersetuju bahawa nas-nas sifat mutashabihat seperti lafaz yad (tangan), istiwa (bersemayam), wajh (wajah), cain (mata) yang dinisbahkan kepada Allah SWT termasuk dalam perbahasan majaz al-Quran. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mendakwa bahawa nas-nas sifat tersebut termasuk dalam nas-nas muhkamat yang jelas difahami, bahkan ia bukan bersifat majaz. Implikasinya, timbul polemik dalam kalangan umat Islam kini soal ketidakharusan mentakwil nas-nas sifat mutashabihat sehingga menyifatkan seolah-olah pandangan mentakwilkannya adalah suatu penyelewengan dalam pentafsiran al-Quran. Menerusi kaedah analisis kandungan, kajian akan meneliti implikasi penafian majaz al-Quran terhadap nas-nas sifat mutashabihat dalam mempengaruhi pemikiran akidah umat Islam. Kajian mendapati bahawa majaz merupakan antara unsur terpenting dalam usaha memahami dan berinteraksi dengan nas-nas al-Quran, khususnya berkaitan nas-nas sifat mutashabihat sama ada melalui metode tafwid Salaf atau takwil Khalaf. Maka menafikan majaz dalam penafsiran al-Quran bermaksud menetapkan Allah SWT dengan sifat-sifat kekurangan sebagaimana makhluk-Nya. Kajian turut merumuskan bahawa implikasi terbesar kepada penafian majaz dalam al-Quran tersebut menyebabkan seseorang Muslim terjerumus kepada pemikiran Mushabbihah atau Mujassimah.

Item Type: Article
Keywords: Majaz al-Quran, Mutashabihat, Muhkamat, Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohd Shahrizal Nasir
Date Deposited: 24 Nov 2014 06:29
Last Modified: 24 Nov 2014 06:29
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2176

Available Versions of this Item

  • Implikasi Penafian Majaz Al-Quran Terhadap Nas-Nas Sifat Mutashabihat. (deposited 24 Nov 2014 06:29) [Currently Displayed]

Actions (login required)

View Item View Item