Pembelajaran Berasaskan Perundingan (Consulting-Based Learning)dalam Pendidikan Keusahawan: Pendekatan Baharu Berteraskan Islam

Adnan, Ahmad Azrin (2014) Pembelajaran Berasaskan Perundingan (Consulting-Based Learning)dalam Pendidikan Keusahawan: Pendekatan Baharu Berteraskan Islam. In: Ekonomi Syariah Terkini: Perspektif, Teori dan Praktik. academia, Universiti Jember Indonesia, pp. 227-242. ISBN 978-602-9030-52-5

[img]
Preview
Text
Pembelajaran berasaskan perundingan dalam pendidikan.pdf

Download (3764Kb) | Preview
Official URL: https://www.academia.edu/

Abstract

Artikel ini mengandungi perbincangan tentang pembelajaran berasaskan perundingan (CBL) berteraskan Islam. Ia cuba mengemukakan satu paradigma baharu tentang pelaksanaan CBL dalam konteks pendidikan keusahawanan di Malaysia. Sesuai dengan matlamat menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi masa kini, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran(P&P) diperkenalkan. Daripada pelbagai P&P yang ada, perbincangan tentang CBL yang berhubung kait dengan pendidikan keusahawanan di Malaysia diakui masih terhad (Mazura dan Norasmah, 2011). Kekurangan iniharus ditangani dengan segera memandangkan CBL terbukti secara empirikal merangsang minat pelajar untuk terlibat dalam bidang keusahawanan(Buerah, 2007; Ahmad Raflis, Suraiya dan M. Radzuan, 2010; Faudziah dan Habshah, 2011; Keat, Selvarajah dan Meyer, 2011; Cheng dan Chan, 2011; Mazura dan Norasmah, 2011). Bagi menangani kekurangan ini, salah satu usaha kreatif yang agak dominan ialah program SME-University Internship. Setakat manakah matlamat program ini telah dapat dicapai belumlah dapat dirumuskan secara menyeluruh. Namun peningkatan ketara bilangan universiti, PKS dan kumpulan perunding dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam program ini memperlihatkan sisi yang positif.Di sebalik perkembangan ini, pelaksanaan program ini diakui tidak cuba bergerak daripada premisIslam atau setidak-tidaknya memasukkan elemen-elemen Islam. Sebagai bukti, belum pernah ditemui adanya kumpulan perunding dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terlibat dengan program SME University Internship mengetengahkan penyelesaian berwahanakan Islam. Memandangkan majoriti PKS yang terlibat dalam program ini ialah usahawan Musim, agak kurang tepat jika penyelesaian perniagaan yang ditawarkan oleh kumpulan perunding tiada remedi Islam. Sedar dengan keadaan ini, artikel ini cuba bergerak selangkah ke hadapan dengan menawarkan CBL berteraskanIslam. Ia bukan sahaja berhasrat memastikan kelahiran CBL menurut kerangka dan acuan Islam, tetapi juga menonjolkan kelebihan CBL berteraskan Islam dalam menyelesaikan permasalahan perniagaan. Untuk ini, artikel ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama membincangkan tentang latar belakang CBL. Bahagian kedua pula membincangkan tentang kenapa perlunya dibina CBL berteraskan Islam. Bahagian ketiga pula membincangkan tentang CBL berteraskan Islam.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Faculty / Institute: Faculty of Economics & Management Sciences
Depositing User: Prof Madya Ahmad Azrin Adnan
Date Deposited: 06 Nov 2014 06:43
Last Modified: 02 Aug 2015 04:25
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2060

Actions (login required)

View Item View Item