KAEDAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT GEMILANG BERDASARKAN SURAH AL-HUJURAT

Ali, Halimatussakdiah and Hamzah, Mohd Shafiee (2013) KAEDAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT GEMILANG BERDASARKAN SURAH AL-HUJURAT. In: Quran Melonjak Transformasi Ummah. Penerbit USIM, Nilai, Negeri Sembilan, pp. 35-45. ISBN 978-967-5996-38-2

[img] Text
buku SWAT 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2848Kb)
Official URL: http://swatfpqs.usim.edu.my

Abstract

Masyarakat masa kini semakin maju seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin sofistikated dengan penemuan-penemuan terkini di dalam bidang tersebut. Ironinya, pembentukan sahsiah masyarakat tidak seiring dengan perkembangan tersebut. Ini menjadikan masyarakat dijangkiti dengan pelbagai virus sosial yang merugikan modal insan di dalam negara. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji surah al-Hujurat sebagai kes kajian bagi menyelesaikan permasalahan di atas. Penulis menganalisis surah al-Hujurat bagi membentuk kaedah-kaedah pembentukan masyarakat gemilang serta pengaplikasian kaedah-kaedah yang dibentuk ke dalam masyarakat. Pertama, dalam pengumpulan data, penulis telah menggunakan surah al-Hujurat sebagai kes kajian dan perkara yang berlaku di dalam masyarakat. Kedua, pengkaji telah menggunakan pendekatan analisis iaitu penulis lakukan dengan menerapkan metod induktif dan deduktif. Dalam pendekatan induktif, penulis telah menggunakan kaedah yang dibentuk hasil penganalisaan daripada surah al-Hujurat dengan mengaplikasikannya di dalam masyarakat gemilang. Manakala pendekatan deduktif menganalisis surah al-Hujurat untuk membentuk kaedah-kaedah pembentukan masyarakat gemilang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa i- Melalui surah al-Hujurat terdapat kaedah-kaedah pembentukan masyarakat yang gemilang dari aspek akidah dan akhlak iaitu dari sudut menjaga adab, kerahsiaan dan jihad. ii- perlunya garapan antara ilmu agama dan ilmu dunia bagi membentuk masyarakat yang gemilang. iii- Mekanisme akidah tauhid adalah mekanisme yang terpenting dalam memberi kekuatan rohani seseorang individu dan secara tidak langsung memberi kekuatan dalam membentuk masyarakat gemilang. iv- Pencorakan budi pekerti dan sahsiah amat penting bagi membentuk masyarakat yang gemilang. Kata kunci: Tafsir Maudhui, Pembangunan Modal Insan, Surah Al-Hujurat

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Mohd Shafiee Hamzah
Date Deposited: 09 Nov 2014 03:42
Last Modified: 09 Nov 2014 03:42
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2058

Actions (login required)

View Item View Item