KEDUDUKAN QIRAAT ‘ASIM DALAM TAFSIR AL-TABARI: TINJAUAN TERHADAP PERIWATAN IMAM HAFS BIN SULAYMAN

Yusof, Nor Hafizi and Mohammad, Sabri and Wan Abdullah, wan Nasyrudin (2014) KEDUDUKAN QIRAAT ‘ASIM DALAM TAFSIR AL-TABARI: TINJAUAN TERHADAP PERIWATAN IMAM HAFS BIN SULAYMAN. In: Qiraat: Isu-isu Kontemporari dalam Al-Quran. 9789671261330, 1 . Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin, kuala Terengganu, pp. 87-99. ISBN 978-967-42613-3-0

[img] Image
2015-07-13 12.30.23.jpg
Restricted to Registered users only

Download (306Kb)
[img] Image
2015-07-13 12.31.02.jpg
Restricted to Registered users only

Download (338Kb)
[img] Image
2015-07-13 12.32.15.jpg
Restricted to Registered users only

Download (309Kb)

Abstract

ABSTRAK Perbahasan ilmu qiraat oleh Imam al-Tabari dalam tafsirnya telah memberikan kesan terhadap qiraat mutawatir sebagaimana telah disusun oleh Imam al-Shatibiy dan Ibn al-Jazari. Antara pendekatan yang digunakan ialah metode tarjih dan tafdil antara qiraat mutawatirah. Al-Tabari juga menolak beberapa wajah qiraat yang dianggap beliau sebagai tidak mencapai darjat mutawatir atau tidak menepati perbahasan ilmu nahw sebagai shadh dan tidak harus dibaca. Perbuatan ini telah dikecam oleh sebahagian ulama qiraat sebagai merendahkan kedudukan wajah qiraat mutawatir. Memandangkan tafsir al-Tabari merupakan rujukan utama sarjana Islam termasuk para ulama dan cendekiawan di Malaysia, maka kajian akan dikhususkan kepada qiraat Imam ‘Asim dan periwayatan Imam Hafs iaitu salah seorang daripada perawi qiraat ‘Asim yang merupakan bacaan amalan majoriti masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan yang akan menganalisa metodologi qiraat dalam tafsir al-Tabari, jenis-jenis uslub tarjih yang digunakan dalam perbahasan beliau serta kesannya terhadap qiraat mutawatir. Analisa terhadap bacaan mufradah Imam Hafs dan kedudukannya dalam tafsir tersebut hanya ditumpukan kepada surah al-Baqarah hingga surah al-Isra’ sahaja. Analisis terhadap method qiraat dan perbahasan ayat-ayat yang khilaf dari segi wajah qiraat dilakukan dengan menggunakan pendekatan berbentuk induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa metodologi qiraat yang digunakan oleh al-Tabari telah menyebabkan beberapa wajah qiraat ‘Asim telah disifatkan sebagai kurang sahih dan shadh. Kajian juga menunjukkan al-Tabari hanya membahaskan qiraat ‘Asim melalui riwayat Shu’bah sahaja. Justeru periwayatan Hafs tiada dalam perbahasan qiraat Imam al-Tabari walaupun qiraat tersebut merupakan bacaan majoriti umat Islam sekarang. Justeru kasil kajian ini sekaligus akan menjelaskan kekeliruan yang muncul dikalangan pengkaji kitab tafsir ini tentang kedudukan qiraat ‘Asim dan periwatan Hafs dalam tafsir al-Tabari.

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Nor Hafizi Yusof
Date Deposited: 12 Aug 2015 03:47
Last Modified: 12 Aug 2015 03:47
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/2008

Actions (login required)

View Item View Item