PENGGUBALAN DAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM OLEH PEMERINTAH: SATU PANDANGAN

Awang, Mohd Badrol (2012) PENGGUBALAN DAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM OLEH PEMERINTAH: SATU PANDANGAN. Kanun, 24 (1). pp. 108-126. ISSN 0128-2670

[img] Text
7-Artikel-Undang-Malaysia-10-mei-ton-edit.pdf
Restricted to Registered users only

Download (477Kb)
Official URL: http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/

Abstract

Pemahaman yang betul tentang undang-undang Islam sebagai satu istilah dan bahawa ia terletak di bawah bidang kuasa pemerintah dalam melaksanakan Siasah Syariahnya adalah mendesak. Kefahaman yang kurang berkaitan dengan istilah itu dan kedudukannya di bawah pemerintah akan mengundang tohmahan bahawa undang-undang yang dilaksanakan oleh pemerintah itu sebagai tidak menepati kehendak syariat. Makalah yang menumpukan kajian secara perpustakaan ini mengupas persoalan undang-undang Islam dan hubungannya dengan pemerintah terutamanya dari segi penggubalan. Kajian mendapati undang-undang Islam adalah suatu istilah khusus yang mempunyai ruang lingkup makna yang tersendiri dan merupakan perkara pemerintah dan bukannya rakyat. Namun begitu, pemerintah tertakluk pada syarat minimum tertentu untuk menggubal dan menguatkuasakan perkara undang-undang tersebut bagi melayakkannya diberi label undang-undang Islam dan menuntut kepatuhan rakyat kepadanya. Kata kunci: undang-undang Islam, penggubalan, takat bidang kuasa

Item Type: Article
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > KZ Law of Nations
Faculty / Institute: Faculty of Law, Accountancy & International Relations
Depositing User: Mr. Mohd Badrol Awang
Date Deposited: 14 Jan 2015 06:20
Last Modified: 14 Jan 2015 06:20
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/1959

Actions (login required)

View Item View Item