Konsep al-Rushd dan Integriti Masa Kini Menerusi Sibghah Ilahiyyah

Mustafa, Mohd Fadzhil (2013) Konsep al-Rushd dan Integriti Masa Kini Menerusi Sibghah Ilahiyyah. In: Quran Melonjak Transformasi Ummah. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM, Darul Syakir Enterprise, Bandar Baru Bangi, Selangor., pp. 433-440. ISBN 978-967-5996-38-2

[img] Text
KONSEP AL-RUSHD DAN INTEGRITI.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (294Kb) | Request a copy
Official URL: http:/info.fpqs@usim.edu.my

Abstract

Kertas ini bertujuan menampilkan konsep al-rushd dan kaitannya dengan integriti masa kini dalam menghadapi kemelut pemikiran bersepadu menurut sibghah ilahiyyah.Dalam hal ini, banyak kaedah telah berjaya diaplikasikan bagi menangani serta menyelesaikan isu-isu yang melibatkan kepimpinan negara bangsa dan perpaduan ummah sejagat seperti isu penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah, penipuan, salah laku dan kekeliruan masyarakat dalam mengambil tindakan secara basirah (bijaksana). Namun dalam pada itu, masih timbul pengulangan isu dan kes yang hampir sama saban ketika. Sehubungan itu, al-Quran al-Karim menerusi sibghah ilahiyyahnya tampil dengan konsep dan nilai penyelesaian tersendiri yang efektif bagi memupuk satu gagasan nilai yang sepatutnya diamalkan sepanjang hayat. Justeru, nilai-nilai al-rushd dan integriti masa kini harus difahami secara menyeluruh bagi membentuk daya urus sekali gus meningkatkan kualiti hubungan kemasyarakatan dari semasa ke semasa. Berdasarkan kajian kualitatif melalui kajian perpustakaan dan analisis kandungan ayat-ayat suci al-Quran al-karim, penulis berusaha menjelaskan konsep dan kaedah yang berjaya mencetuskan kefahaman, kesedaran, ingatan dan keprihatinan terhadap isu yang berlaku. Ternyata, menjadi harapan bersama agar tercetusnya satu titik persefahaman dalam kalangan mereka yang terlibat di semua peringkat melalui pendekatan-pendekatan berhemah berfokuskan perbincangan secara ihsan (integriti) dengan mengutamakan kebenaran di samping menjaga maslahah umum negara. Kata kunci: Konsep al-rushd, integriti masa kini, hubungan kemasyarakatan dan sibghah ilahiyyah.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Faculty / Institute: Faculty of Contemporary Islamic Studies
Depositing User: Dr Mohd Fadzhil Mustafa
Date Deposited: 09 Nov 2014 03:09
Last Modified: 09 Nov 2014 03:09
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/1925

Actions (login required)

View Item View Item