Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Arab Menerusi Aktiviti ‘Jawlah Lughawiyyah’

Wan Omar, Wan Abdul Hayyi and Nasir, Mohd Shahrizal and Yahaya, Mohd Firdaus and Ab. Halim, Zulazhan (2014) Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Arab Menerusi Aktiviti ‘Jawlah Lughawiyyah’. In: 2nd WORLD CONFERENCE ON ISLAMIC THOUGHT & CIVILIZATION RISE & FALL OF CIVILIZATION CONTEMPORARY STATES OF MUSLIM AFFAIRS. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak Darul Ridzuan, pp. 86-99. ISBN 978-967-5480-10-2

[img] Text
WCIT2014 Hayyi 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9Mb)
[img] Text
WCIT2014 Hayyi 2.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8Mb)

Abstract

Kemahiran menulis merupakan salah satu daripada empat kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai dalam proses pembelajaran bahasa. Selain aktiviti P&P di dalam kelas, aktiviti bahasa di luar kelas yang dijalankan secara berstruktur mampu memberi motivasi kepada pelajar dalam proses pembelajaran bahasa. Pembentukan suasana belajar yang melibatkan penggunaan panca indera insan dalam situasi tertentu di luar ruang kelas memberi banyak manfaat kepada pelajar terutama dalam proses pemerolehan perbendaharaan kata. Dengan perbendaharaan kata yang mencukupi, ia dapat membantu pelajar dalam meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa terutama kemahiran menulis. Kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan satu medium alternatif yang melibatkan aktiviti pembelajaran di luar kelas yang diberi nama ‘Jawlah Lughawiyyah’. Bagi mengenal pasti tahap kemahiran menulis pelajar melalui aktiviti ini, satu kajian telah dijalankan melibatkan 15 pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu. Proses pengumpulan data melalui ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan terhadap sampel yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pada tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran menulis. Justeru, kajian ini mencadangkan agar aktiviti Jawlah Lughawiyyah dipraktikkan dalam proses P&P bahasa Arab khususnya melibatkan pelajar daripada kalangan bukan penutur jati.

Item Type: Book Section
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Wan Abdul Hayyi Wan Omar
Date Deposited: 24 Nov 2014 04:05
Last Modified: 24 Nov 2014 07:34
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/1663

Actions (login required)

View Item View Item