Hidrologi Tanah Tinggi dan Tasik

Toriman, Mohd Ekhwan and Juahir, Hafizan and Abdul Aziz, Nor Azlina and Kamarudin, Mohd Khairul Amri and Gasim, Muhammad Barzani (2014) Hidrologi Tanah Tinggi dan Tasik. Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin , Kuala Terengganu, Malaysia. ISBN 978-983-9842-72-2

[img] Text
full HIDROLOGI 01 CM (1).pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (16Mb)
Official URL: http://www.penerbit.unisza.edu.my

Abstract

Buku Hidrologi Tanah Tinggi dan Tasik ini adalah hasil dari suntingan daripada beberapa penulisan manuskrip hasil penyelidikan yang telah dijalankan di beberapa sungai dan tasik yang terletak di Negeri Pahang sebelum ini. Buku ini juga, telah disunting oleh beberapa ahli akademik yang dijemput khas mewakili bidang kepakaran masing-masing. Buku ini memaparkan perubahan persekitaran fizikal khususnya di kawasan permukaan bumi yang bersempadan dengan sungai, tasik dan konflik alam sekitar yang mengganggu kesihatan sesuatu ekosistem, sama ada melibatkan ekosistem daratan atau akuatik. Sebahagian besar daripada isu yang dibincangkan adalah hasil dapatan kajian berdasarkan penyelidikan yang terdiri daripada paduan ilmu hidrologi dan sedimentologi di kawasan Pantai Timur Malaysia iaitu Negeri Pahang amnya. Buku ini bukan sahaja berjaya membekalkan kepelbagaian maklumat ilmu berkaitan persekitaran yang melibatkan kajian pemodelan dalam hidrologi, hakisan, angkutan dan proses pemendapan, yang sangat relevan dengan aktiviti pembangunan di persekitaran sungai dan sekeliling tasik. Buku yang memuatkan 12 tajuk makalah yang telah disumbangkan oleh penulispenulis yang pakar dalam bidangnya, Penyumbang makalah ini datang dari pelbagai kepakaran dalam bidang hidrologi, sedimentologi, hakisan, kualiti air dan pengurusan persekitaran. Akhirnya, diharapkan buku ini dapat membantu golongan penyelidik, pendidik, pelajar dan para graduan untuk lebih memahami konsep dalam bidang tersebut yang melibatkan kepelbagaian aktiviti dalam masa dan ruang didalam atmosfera

Item Type: Book
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Faculty / Institute: Faculty of Bioresources & Food Industry
Depositing User: Professor Mohd Ekhwan Toriman
Date Deposited: 16 Nov 2014 03:29
Last Modified: 16 Nov 2014 03:29
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/1543

Actions (login required)

View Item View Item