Pemanfaatan Teknologi Dalam Pengajaran Puisi Arab: Satu Tinjauan Awal

Nasir, Mohd Shahrizal and Aziz, Mohammad Azizie (2012) Pemanfaatan Teknologi Dalam Pengajaran Puisi Arab: Satu Tinjauan Awal. In: Dinamika Pendidikan Bahasa Arab Menelusuri Inovasi Profesionalisme Keguruan. Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, pp. 17-32. ISBN 978-983-9842-56-2

[img] Text
Pemanfaatan Teknologi Dalam Pengajaran Puisi Arab-Satu Tinjauan Awal.pdf
Restricted to Registered users only

Download (949Kb)

Abstract

PENDAHULUAN Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa asing atau bahasa kedua mempunyai cabarannya yang tersendiri. Pihak pengajar dan pelajar perlu berdepan dengan pelbagai bentuk masalah yang lebih mencabar jika dibandingkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda. Antara punca masalah yang dikenal pasti ialah wujudnya kelompongan pada proses penyampaian komponen sesuatu bahasa yang dipelajari. Dalam konteks tulisan ini, komponen sastera atau lebih spesifik lagi seni puisi Arab kurang diberi penekanan dalam proses penguasaan bahasa Arab bagi bukan penutur jati. Masalah ini menyebabkan para pelajar tidak mampu untuk menguasai bahasa Arab secara komprehensif. Tidak dapat dinafikan bahawa minat dan rasa seronok dalam mempelajari puisi Arab perlu disemai dalam diri pelajar sejak awal proses pembelajaran bahasa Arab. Keadaan ini penting bagi pelajar yang mempelajari bahasa Arab secara khusus sebagai bidang pengajian mereka. Hal ini berbeza dengan para pelajar yang mempelajari bahasa Arab hanya sebagai satu subjek pilihan. Namun, masalah kurang minat dan rasa seronok dalam pembelajaran puisi Arab boleh diatasi jika para pengajar mampu mempelbagaikan metode pengajaran mereka di dalam kelas serta mengaplikasi penggunaan bahan pengajaran berasaskan teknologi. Keadaan ini seiring dengan kepesatan dunia teknologi dalam kehidupan kini yang meliputi aspek pendidikan. Dengan pemanfaatan teknologi dalam pengajaran puisi Arab, beberapa masalah utama yang menjejaskan kelancaran proses penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar dapat diatasi.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic
Faculty / Institute: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mohammad Azizie Aziz
Date Deposited: 10 Nov 2014 03:40
Last Modified: 10 Nov 2014 03:40
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/1338

Actions (login required)

View Item View Item