KAJIAN AWAL TERHADAP TAHAP KEMUDAHAN, KEMAHIRAN DAN PENGGUNAAN ICT DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Awang, Mohd Khalid and Ahmad, Fadhilah and Hashim, Che Noraini (2005) KAJIAN AWAL TERHADAP TAHAP KEMUDAHAN, KEMAHIRAN DAN PENGGUNAAN ICT DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU. In: Enhancing student engagement. 1 computer optical disc : col. ; 4 3/4in., 1 . University Utara Malaysia, Kedah, Malaysia. ISBN 847953426

[img] Text (Book Chapter, Published in CD format)
AnalisisKajianInternetLangkawi3.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (256Kb)
Official URL: http://www.worldcat.org/title/enhancing-student-en...

Abstract

Kecanggihan ICT boleh membantu dalam proses pengajaran dan pemelajaran (P&P). Penggunaan komputer dalam proses P&P mampu meningkatkan keberkesanan dan menggalakan pendidikan. Walaupun begitu, penggunaanya yang meluas dalam bidang pendidikan adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu belajar, sekolah atau kampusnya, kelompak dan juga masyarakatnya. Menyedari akan hakikat kepentingan ICT yang mampu meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar, maka kebanyakan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu sudahpun dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat ini. Namun begitu, persoalan yang sering ditimbulkan adalah dikaitkan dengan adakah kemudahan yang disediakan mencukupi, setakat manakah kemahiran dan penggunaannya dikalangan pelajar dan untuk tujuan apakan ianya digunakan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap kemudahan, kemahiran dan penggunaan ICT dikalangan pelajar-pelajar di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Terengganu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tujuan utama pelajar-pelajar menggunakan komputer dan internet. Populasi kajian terdiri 769 pelajar yang berada di peringkat menengah rendah dan menengah atas daripada 7 buah sekolah yang dipilih bagi mewakili setiap daerah di dalam negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemudahan ICT yang disediakan disekolah adalah baik namun penggunaanya adalah agak terhad kepada pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar mempunyai kemudahan ICT di rumah, namun demikian hanya sebilangan kecil sahaja yang mempunyai capaian kepada internet. Hasil kajian juga menunjukkan kebanyakkan pelajar menggunakan kemudahan ICT adalah untuk mengisi masa terluang dan juga untuk menyiapkan tugasan sekolah. Diakhir kajian, beberapa cadangan telah disarankan untuk meningkatkan penggunaan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Faculty / Institute: Faculty of Informatics & Computing
Depositing User: PM Dr. Fadhilah Ahmad
Date Deposited: 01 Dec 2014 05:41
Last Modified: 01 Dec 2014 05:41
URI: http://erep.unisza.edu.my/id/eprint/1198

Actions (login required)

View Item View Item